'Sharing is Charing' yang membawa maksud di dalam bahasa melayu adalah 'Perkongsian Penyayang'. Tajuk yang mama beri untuk menghuraikan keakraban kamu 2 beradik, Khadija dan Fatihah. Saling bersama walau di mana, makan, mandi, bermain dan tidur. Semua dilakukan berdua. Salah seorang akan bertanya sekiranya salah seorang tiada yang mana si adik akan tercari-cari si kakak kalau si kakak tiada di depan mata.
Gambar mereka berdua semasa menaiki komuter ke Sentul baru-baru ini.
Kami ke Sentul pada hari yang sama dengan hari taklimat/orientasi Tadika Ceria Az-Zahra. Fatihah kelihatan agak keletihan.
"Ingat kita orang budak kecik ke?". Ungkapan yang seringkali Fatihah beritahu saya. Oleh kerana mereka beranggapan mereka dah besar sedikit, itu yang mereka berdua nak duduk berasingan dengan mama dan abah di dalam komuter. Kakak Dija pula ungkap "Biar mama dengan abah duduk berdua, mama dengan abahkan bercinta".
Separuh perjalanan, si adik tertidur di peha kakak Dija.
Suka benar kami melihat Khadija meriba adiknya Fatihah.
Bertukar 'train' komuter di stesen Kuala Lumpur untuk ke destinasi tujuan kami iaitu Sentul.
Tujuan kami ke Sentul adalah untuk mengambil kereta baru abah. Wajah kegembiraan 2 beradik menaiki kereta baru abah. Manakan tidak, ada televisyen dalam kereta baru ni.
Syukur Alhamdulillah, anak-anak seronok dengan apa yang ada. Bertepatan dengan tajuk 'entry' ini, 'Perkongsian Penyayang'. Ketahuilah wahai Khadija dan Fatihah, apa yang mama dan abah buat adalah untuk insan yang kami sayang iaitu kamu berdua.
0 comments:
Post a Comment