Selain mengerjakan Umrah, perjalanan kami ke tanah haram Makkah dan Madinah turut diselangi dengan program ziarah.
Pogram ziarah di Makkah antaranya ke Jabal Nur (gua Hira'), Jabal Thur (gua Thur), Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mina, Muzdalifah, Muaissem, Masjid Ja'aranah dan Hudaibiyah (ladang unta).
Manakala di Madinah pula kami di bawah ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain (dua kiblat), perkuburan para syuhada, Jabal Uhud, Masjid Tujuh, kebun tamar serta ke kilang percetakan Al-Quran.
Hotel tempat kami menginap di Makkah, Al-Saraya Iman yang jaraknya lebih kurang 180 meter sahaja dari Masjidil Haram. Syukur Alhamdulillah, jarak tempat penginapan kami tidak terlalu jauh dan terlalu dekat dengan masjid tersebut.
Di siar kaki hadapan kedai pula ada waktu-waktunya terdapat penjual yang menjual jubah dan tasbih yang agak murah harganya berbanding di dalam kedai.
Selesai mengerjakan umrah kali pertama dan tawaf sunat, saya berpeluang berjalan di sekitar deretan kedai di bawah hotel kami di Makkah. Barangan yang dijual di Makkah dan Madinah lebih kurang sama, cumanya kedai di Madinah lebih banyak pilihan dan teratur susunannya.
Masa ni saya sibuk cari barang mainan untuk Khadija dan Fatihah.
Restoran nasi Arab berhampiran dengan hotel kami. 2 kali juga saya dan Hakim makan nasi Arab. Sekali di Makkah, sekali di Madinah. Markah penuh saya bagi untuk nasi Arab ni, memang sedap, tiada kekurangan untuk saya ulas.
Hakim sedang beratur untuk membuat pesanan.
Jabal Thur.
Panorama dari atas Jabal Rahmah. Berpusu-pusu manusia mendaki dan menuruni Jabal Rahmah ini untuk berdoa.
Ladang unta. Saya tak beli pun susu unta ni walaupun telah dipesan oleh Kak Ti suruh rasa. Takut pula nanti membazir tak tertelan. Susu unta ni antara minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.
Masjid Nabawi di Madinah. Sungguh indah masjid ini sehinggakan kebanyakan drama tempatan mengambil lokasi ini untuk penggambaran.
Gambar 'canopy' atau payung di perkarangan Masjid Nabawi ni saya rakam semasa menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah bagi ziarah dalaman ke Raudhah, makam Rasulullah S.A.W., makam Saidina Abu Bakar R.A. dan Saidina Umar R.A. Payung akan dibuka pada waktu siang. Sebelah malam, payung ditutup. Begitu juga dengan bumbung di dalam Masjid Nabawi, dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Kami berdua.
Masjid Quba'.
Berhampiran perkuburan para syuhada.
Kedai di kebun tamar. Teruja sungguh bila melihat limpahan pelbagai jenis kurma dan coklat. Keseluruhan kurma yang saya beli lebih daripada 20 kg untuk diagih kepada saudara-mara dan kawan-kawan.
Masjid Qiblatain (dua kiblat).
Hotel Mawaddah Al-Safwah di Madinah. Kami di Madinah cuma 3 hari sahaja.
Masa terluang selain solat di Masjid Nabawi, kami habiskan dengan menjelajah dari satu kedai ke satu kedai bagi mencari buah tangan untuk orang-orang tersayang yang menunggu kami di tanahair.
Anak kesayangan mak.
Sebelum ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, kami dibawa ke Masjid Terapung di Laut Merah Jeddah.
Masjid terapung.
Kawasan pesisir pantai yang dipenuhi pengunjung. Di sini terdapat makanan tempatan rakyat Malaysia dijual seperti karipap, buah melaka, bakso dan laksa.
Di lapangan terbang. Hadiah dari Arab Saudi iaitu air zam zam. Setiap seorang mendapat 10 liter air zam zam. Air zam zam ini tidak boleh dijual beli. Di Makkah dan Madinah, setiap kali memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi saya pasti minum air zam zam yang banyak disediakan di situ. Mungkin berkat berdoa setiap kali minum, Alhamdulillah saya sihat sepanjang berada di sana.
Tujuan gambar-gambar ini dimasukkan di blog ini bukan untuk berbangga diri. Pada saya, saat-saat indah di sana hanya dapat saya terjemahkan di dalam bentuk gambar untuk tatapan sendiri dan keluarga. Saya berharap ianya juga menjadi penggalak atau pendorong khususnya kepada diri saya sendiri, ahli keluarga atau pembaca blog ini untuk menanamkan niat menjejakkan kaki ke tanah haram bagi menunaikan rukun Islam kelima ini.
2 comments:
subahannallah....seronok tgk gmbr2 nie...teruja sgt nak ke rumah Allah nie...semoga Allah menjemput ayu juga kesana... salam perkenalan awk..
Subanallah.
Indahnya suasana di sana. Doakan sy juga dapat jejakkan kaki ke sana.
Post a Comment