Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, April 24, 2013

Umrah dan Ziarah Kami

Tiada kata selain lafaz syukur yang dapat saya ungkapkan di atas kurniaan kudrat dan kesihatan yang baik olehNya pada sepanjang saya mengerjakan umrah dan ziarah ke tanah haram Makkah dan Madinah. 

















Tak disangka kami dapat ke sana.  Mungkin sudah ketentuan dariNya.  Benarlah kata orang yang dah ke sana, hati akan sentiasa rasa rindu untuk solat di hadapan Kaabah dan kini saya sudah mula merasai nikmatnya.  Insya'Allah, panjang umur kami akan ke sana lagi bagi mengerjakan haji dan umrah sekali lagi.  Hajat dihati nak bawa anak-anak pula.  Semoga kami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan ke sana.

















Kakak ipar (kak Nani), Hakim, mak mertua, saya dan bapak mertua (berkerusi roda).

















Keindahan Masjidil Haram pada waktu malam.  Masjid ini sedang di dalam pembinaan untuk diperbesarkan lagi.  Walaupun ruang masjid sediada agak luas, tapi masih belum dapat menampung jutaan jemaah yang datang bersolat pada setiap waktu di masjid ini.  Saya dapati ruang masjid setiap masa dipenuhi oleh jutaan manusia yang mengejar ganjaran dan pahala solat sunat, mengaji dan sebagainya.  Saya begitu teruja dengan keadaan sebegini.

Perbandingan Ganjaran Solat -



Tempat
Bujang
Kahwin
Solat Bersendirian Ganjaran
(1 x 1 = 1)
Solat Berjemaah Ganjaran
(1 x 27 = 27)
Solat Bersendirian Ganjaran 
(1 x 70 = 70)
Solat Berjemaah Ganjaran   
(1 x 70 x 27       = 1890)
Surau/Rumah/Mana-Mana Masjid Kecuali
1
27
70
1890
Masjidil Aqsa Palestine (Ganjaran 500)
500
13,500
35,000
845,000
Masjidil Nabawi Madinah (Ganjaran 1000)
1,000
27,000
70,000
1,890,000
Masjidil Haram Makkah (Ganjaran 100,000)
100,000
2,700,000
7,000,000
189,000,000

Besarkan ganjaran solat di Masjidil Haram, Makkah ini?  Ganjaran pahala untuk yang telah berkahwin dan solat secara berjemaah di masjid ini adalah sebanyak 189,000,000.

















Wajah ketenangan.  Berlatar belakangkan lautan manusia yang sentiasa keluar masuk ke Masjidil Haram.  Bangunan di belakang saya adalah Zam Zam Tower.  Bangunan ini berhadapan dengan Masjidil Haram.  Bahagian bawahnya merupakan sebuah 'shopping mall' yang kalau di Malaysia setaraf KLCC atau lebih.  Manakala di bahagian atasnya merupakan hotel.  Sekali lagi saya begitu kagum dengan masyarakat disini.  Mendahulukan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan meninggalkan semua aktiviti bila masuk sahaja waktu solat.

















Anak mithali, panggilan yang diberikan oleh mutawif kami kepada Hakim.  Beliau bukan sahaja seorang suami yang sempurna bagi saya tetapi juga seorang anak yang taat kepada ibubapanya.  Syukur Alhamdulillah.

















Keunikan senibina Masjidil Haram Makkah.

















Kakak ipar dan mak mertua yang sentiasa bersama saya.  Sebahagian besar masa kami dihabiskan di dalam masjid ini.  Pengalaman kedua buat mak mertua yang telah menunaikan fardhu haji sebelum ini.

Masjidil Haram inilah tempat penyatuan semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.  Tak kira bangsa, warna kulit, bahasa dan taraf kehidupan. Semuanya tertumpu di sini, untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima.
   















Umrah mabrur......

Pengalaman mengerjakan umrah di Makkah sungguh bermakna buat saya dan Hakim.  Masih teringat satu ketika dahulu, semasa dibangku sekolah, bila ditanya apa impian saya, jawapan yang pasti saya sebut 'ke Makkah menunaikan haji'.  Tak sangka kata-kata itu menjadi kenyataan, sampai juga saya ke sana.  Dari situ saya belajar, yang niat dan kata-kata yang sering diungkap merupakan satu doa.  Lambat atau cepat ianya bergantung kepada usaha dan kesungguhan kita sendiri. Saranan saya buat diri sendiri dan kawan-kawan pembaca blog ini, pergilah ke mana pun kita hendak pergi tapi tak sama dengan lokasi yang satu ini, penuh dengan ketenangan dan penyucian.

Makna tanah haram dari hasil 'google' adalah berdasarkan para ulama yang mengatakan di dalam tanah itu berlaku berbagai ketentuan yang mengharamkan kita daripada melakukan pelbagai hal seperti berburu, mengangkat senjata, mematahkan tumbuhan dan juga diharamkan kepada non muslim/kafir untuk memasuki wilayah ini.  






4 comments:

Naja said...

Tahniah Shima kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Insya Allah satu hari nanti, aku akan menyusul pulak.. doa2kan :)

Shima said...

Naja, sama2lah kita berdoa. Semoga kita dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan.....untuk sampai ke sana. Insya'Allah.

Kodariah Ardani said...

Alhamdulillah.. Da selamat balik ke tanah air dah pun.. Doakan giliran sy pula menyusul ye kak. :)

Shima said...

Happy Life @ Acik Kod ~ Lepas ni blhlah kita g sama2 plk. Knp blog Happy Life ada 1 je entry? Tunggulah nanti, bila baby dh keluar byklah cerita nak tulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...