Happy birthday kakak Dija! Pejam celik, pejam celik sekejap je rasanya Khadija Amanina dah 6 tahun. Kami panjatkan kesyukuran di atas kurniaanNya sebagai penyeri hidup kami semenjak beliau lahir pada 28 Mei 2007. Gelak tawa, rengekan dan tangisan Khadija jugalah telah mengubah 100% hidup kami. Dengan adanya Dija jugalah, 'title' dan pangkat kami naik secara automatik sebagai mama dan abah. Syukur Alhamdulillah.
Seminggu sebelum birthday Khadija, sambutan hari lahir di PASTI Darul Ulum II untuk pelajar yang lahir pada bulan Mac, April dan Mei. Mengambil kesempatan tersebut, saya 'order' kek coklat moist dengan mak usu. Oleh kerana ini tahun terakhir Khadija di sana, biarlah ianya disambut lebih istimewa dengan kawan-kawan. 'Goodies' untuk kawan Dija masa tu saya tak sempat buatkan dan Insya'Allah akan menyusul selepas cuti sekolah nanti.
Hadiah dari mama untuk Dija.
Untuk bersikap adil, hadiah untuk adik Fatihah pun ada walaupun bukan birthday dia.
Muka mengantuk sambut hari jadi kat rumah.
Syukur Alhamdulillah, perkembangan Khadija pada usia 6 tahun agak positif. Membaca, mengira dan menghafal beberapa surah termasuk Yasin agak lancar. Paling kami bersyukur bila mana Khadija agak ringan untuk menunaikan solat.
Mama dan abah doakan semoga Khadija dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin.
3 comments:
hepi birthday kakak dija..moga membesar dengan sihat dan ceria..semoga terus dirahmati Allah dan berjaya dunia akhirat.. :)
Ruhaidah ~ Terima kasih atau ucapan dan doa.
alhamdulillah, bestnyer anak2 dah pandai mnegaji
Post a Comment