Tahniah kakak Dija atas kejayaan mengekalkan tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan tahun di PASTI Darul Ulum II. Walaupun dengan hanya 7A (purata markah 96 ke atas) dan 1B (Bahasa Arab). Mama dan abah doakan Dija terus cemerlang dan terang hati. Di Pra Tahfiz pula, dengarnya Khadija juga terpilih untuk memasuki pertandingan hafazan pada 29 Jun ini. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan untuk Khadija.
Khadija yang kadang-kadang rajin. Lagi pula bila idolanya masuk dapur (abah dia @ Hakim). Mulalah dia tunjuk rajin.
Sampaikan sanggup berdiri atas kerusi sebab nak tolong abah.
Bagus Dija. Mama dulu masa sekecil kamu ni, memang tak berpeluang nak pegang pisau. Mungkin faktor wan kamu @ mak mama tak bekerja, 100% kerja di dapur memang kami anak-anak tak campur tangan.
'Goodies' untuk kawan-kawan Khadija. Sebahagian untuk kawan di PASTI dan sebahagian lagi untuk kawan di Pra Tahfiz Az-Zahrah.
Isi dalam 'goody bag'. Kali ni tak ada jajan @ keropok @ gula-gula.
Baru-baru ni, Khadija kena gegata atau panggilan lainnya kelopak garam. Mula dikesan di bahagian mata pada tengahari Selasa, 11 Jun. Pertama kali terjadi pada Khadija. Mulanya kami sangka ianya hilang dalam beberapa jam yang mana Khadija tetap ke kelas Pra Tahfiz pada petang tu seperti biasa. Rupanya semakin teruk bila mana Ustaz Ahmad menelefon saya. Muka Khadija bengkak terutama di kedua belah mata dan mulut.
Sebelah malamnya, tak tahan melihat Khadija tergaru-garu, kami bawa dia ke klinik. Menurut doktor Khadija mungkin 'allergic'. Cuma kami tak dapat kenalpasti Khadija alah kepada makanan apa kerana semua yang dimakan adalah sama seperti sebelum ini.
Khadija nak idolanya @ abah juga yang sapukan 'calamine lotion'. Tak payah tunggu sampai balik rumah, dalam kereta terus sapu ubat tu pada seluruh badan Khadija.
Lain betul muka Dija masa ni. Sebenarnya dia marah betul masa saya ambil gambar-gambar dia. Malu nak tengok muka dia sendiri.
Alahan Dija ni berakhir setelah 4 hari. Itu pun dengan usaha membawa dia ke Hospital Pantai Klang bagi mendapatkan 'injection' dan bantuan ubat herba tradisional dari Atuk Utih. Syukur Alhamdulillah. Cuma yang ruginya, Khadija dah ponteng kelas selama 2 hari. Tak dapatlah nanti hadiah kehadiran penuh. Takpelah Dija, nak buat macam mana......... ujian Allah. Janji kamu sihat.
0 comments:
Post a Comment