Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, August 15, 2013

Deko Aidilfitri 2013

Gambar susunatur kediaman kami yang saya rakam untuk dijadikan kenangan kerana mungkin setiap tahun akan ada perubahan serba sedikit.

















Tahun ni saya tak gunakan karpet berbulu, sebaliknya tukar kesemuanya kepada 'quilted carpet'.  Memudahkan kerja saya kerana tidak perlu vakum setiap hari.  Bila dah ada beberapa helaian 'carpet', tanpa saya sedar, saya ni peminat 'carpet' rupanya.

3 'quilted carpet' saya beli kali ni.  2 daripadanya menerusi 'online', 1 lagi di GM Klang. 

















'Quilted carpet' yang dipasang di set sofa kami.

















Kalau ada yang perasan, 'entry' tahun lepas saya impikan untuk menukar set meja makan kami.  Tapi tak terlaksana sebab tak dapat sokongan daripada tuan rumah.  Masih elok katanya, buat apa nak membazirkan?

















Koleksi bantal kecil @ bantal kusyen kami dah bertambah lagi.  Saya masih mengekalkan minat sarung kusyen dari material kain velvet dan sulaman riben.  Kali ni dari hasil tangan mak usu pula.  Tak perlu lagi nampaknya saya tempah menerusi Mak Lang @ Halina Abdul Hadi.

Langsir pula kami pakai langsir yang dibuat semasa mula-mula pindah ke sini.  Bagi saya, coklat gold warna yang sesuai dengan semua keadaan.

















Bantal kusyen, alas 'coffee table' dan 'frame' tu hasil tangan mak lang Lina.  Terbaik bagi saya kerana telah buat saya jatuh cinta dengan sulam riben sehingga ke hari ini.  Insya'Allah, saya akan tambah lagi koleksi sulam riben dari masa ke semasa.

Kalau nak tahu, saya dah dapatkan koleksi 2 buah buku cara sulaman riben dari mak lang Lina, tapi tak cuba @ praktik langsung.  Yang dapat ilmunya mak usu saya yang dah tentu kreatif tangannya kerana dia kalau buat apa sekalipun pasti jadi, berbeza dengan jari-jemari saya ni.

















Hiasan ruang santai yang agak ringkas.  Lantai beralaskan tikar yang dibeli semasa kami bercuti di Sarawak beberapa tahun lepas.  Mungkin ada yang perasan, kenapa kami tak gantungkan gambar kami di dinding rumah.  Dahulu di rumah lama, memang banyak kami pasang di dinding gambar kami sekeluarga.  Tapi tidak disini, atas kehendak tuan rumah juga, Encik Hakim.  Terpaksalah saya akur.

Di ruang ini juga kami bercadang nak jadikan ruang 'mini library'.  Perancangan kami, semua bahan ilmiah akan ditempatkan disini bagi menimbulkan rasa minat anak-anak dengan buku. 

















Hamparan 'guilted carpet' lagi.

Insya'Allah, ada rezeki lebih lagi tahun hadapan......... saya impikan langsir ala-ala 'english style' pula menghiasi rumah kami.  Manakala di ruang santai pula, saya angan-angan nak tukar kepada sofa atau 'wing chair' yang bercorak 'english style' juga.  Mudah-mudahan terlaksana.






3 comments:

matahati-aishahazhar said...

kak.. quilted carpet tu tak licin ke? kat GM boleh bgtau tak nama kedainya.

Shima said...

Cinta Cinta ~ tak licin sbb bawah dia ada 'anti slip' (biji2 kecil). Kat GM tu nama kedai tak ingatlah, tapi kat tingkat 3.

Senang pakai ni, sebab mudah simpan, lipat je. Nak cuci hantar dobi je.

matahati-aishahazhar said...

ok kak.. nak carilah kat GM bila free nanti.. terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...