Seronokya raya dapat pakai baju peplum kali ni dija dah pandai buat cerita sendiri lepas itu saya raya rumah orang lepas itu saya dapat duit raya duit dija banyak lepas tu pulak dija beli kereta kontrol bes sangat raya sebab dapat jumpa kawan kawan ada juga yang tak dapat datang macam kawan saya dia janji nak datang tapi dia tak datang nama dia aisyah sofiya dengan aisyah tihani tapi saya nak raya rumah kawan saya nama dia nurul awatif tapi saya segan sebab dia pakai tudung saya tak pakai tudung lepastu saya ada bela ikan emas dengan ikan kaloi saja je untuk cantik kan rumah tapi masa mula mula beli masa dah sampai rumah lepas tu saya pegang ikan tu ikan kaloi lah saya pegang sikit ikannya lasak sangat
Dija semenjak dah pandai mengeja ni, amat ketara sekali dia mereka perkataan dan ayat. Cerita di atas tu hasil daripada apa yang Dija taip sendiri. Ejaan 'peplum' tu Dija ada tanya saya, manakala ejaan bagi perkataan yang lain-lain semua dia taip sendiri. Sibuk sangat ganggu saya nak 'update' cerita pasal raya kami, akhirnya saya biarkan sahaja dia taip apa yang dia nak.
Cerita yang tanpa henti, tiada koma dan noktah. Budak masih baru belajar, 'atleast' ejaan dia betul. Abah dia ada cadangkan, kalau Dija suka menulis, buatkan satu blog untuk dia menulis apa yang terlintas di fikiran dia.
Sebagai mama, saya amat bangga kerana pada usia 6 tahun dah pandai membina ayat walaupun masih belum betul tatabahasanya.
0 comments:
Post a Comment