Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, October 10, 2013

Bakat Terserlah

Ahad, 6 Oktober 2013, Khadija dan Fatihah sekali lagi melakar kenangan untuk zaman kanak-kanak mereka di Hari Bakat dan Anugerah Tadika Ceria Az-Zahrah.  Program yang memang ditunggu-tunggu oleh saya dan Hakim memandangkan hampir setiap hari sejak sebulan yang lepas, balik dari tadika dan Pra Tahfiz, mereka berdua pasti akan bercerita latihan persembahan yang mereka buat kepada kami.

















Kedua-duanya seperti biasa akan terlebih 'excited' bila ada program sebegini.  Syukur Alhamdulillah, amat senang menguruskan mereka, kerana mereka berdua akan bangun tidur lebih awal dari biasa kalau tahu ada program di tadika.


Fatihah yang pakai kasut terbalik.  Dia ni lagilah 'excited', selagi belum sampai hari program, selagi tulah dia akan bercerita dan menari di hadapan kami.

















Bergambar di hadapan Hotel Goldcourse di mana program berlangsung.

















'Banner' program.  Sebenarnya sebagai mama, saya agak teruja turut serta dalam program ni sebab inilah pertama kali kami terlibat. Sebelum masukkan Fatihah ke tadika ni, saya telah ikuti program di tadika ini di 'group Az-Zahrah Education Network' dan tidak silaplah saya memilih tadika ini, kerana ianya seimbang, akademik, sosial dan alam mainan kanak-kanak.  Sesuai dengan jiwa si kenit kami, Fatihah. 


Sebelum program berlangsung, Khadija bergambar dengan kawan rapatnya (istilah ni Khadija yang beri). Nur Aisyah Tihani dan Nurul Aishah Sofea.  Semoga keakraban kalian terus terjalin dan bersambungan sehingga ke menara gading nanti.  



Hanya kami berdua.  Khadija dan Fatihah berada di belakang pentas, diawasi dan dijaga oleh teacher dari mula sehingga ke selesai program.  Umpama berbulan madu @ 'candle light dinner' pula kami berdua.


Majlis tahun ini bertemakan Oh My Malaysia! Cuti-Cuti Malaysia.............. replika rumah negeri Melaka dijadikan hiasan utama di atas pentas.  Replika rumah ni difahamkan dibuat daripada 'polisterin'.  Syabas kepada semua teacher TCAZ di atas persiapan pentas yang sangat kreatif dan latihan pelajar yang menuntut kesabaran yang tinggi daripada kalian.  

















Persembahan pembukaan oleh Khadija dan Raied Hassan dengan bacaan surah Al-Maun.  Berbangga sungguh mama kerana Khadija dipilih untuk membacakan terjemahan surah tersebut.


Suara yang begitu lantang, bacaan yang jelas dan lancar.  Syabas sayang!

















Persembahan seterusnya adalah bacaan surah Yasin ayat 1 hingga 20 secara bergilir-gilir.  Khadija terpilih sekali lagi untuk membacakan potongan ayat tersebut.

Persembahan kedua ni, saya lihat Khadija lebih yakin berada di atas pentas.


Majlis ini juga merupakan majlis konvokesyen bagi meraikan pelajar usia 6 tahun TCAZ. 

















'Surprised' buat kami kerana Khadija terpilih menyandang Anugerah Tilawah Terbaik.  Anugerah untuk Pra-Tahfiz hanya diberikan kepada 3 pelajar dan Khadija salah seorang daripadanya.  Syukur Alhamdulillah, menurut mudir Khadija iaitu Ustaz Ahmad Zulfadhli, Khadija dah boleh naik Al-Quran. 

Selaras dengan perkembangan positif ni juga, abah Hakim dah mula mengajar Khadija membaca Al-Quran pada waktu pagi sekurang-kurangnya 2 baris ayat.  Walaupun masih merangkak-rangkak bacaan Khadija, tapi ada usaha beliau di situ iaitu bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat terhadap Al-Quran. (Waktu pagi selepas Subuh adalah waktu paling 'fresh' untuk menelaah bagi kami).  


Selesai pemberian anugerah, majlis diteruskan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar TCAZ dari umur 4 hingga 6 tahun.  

















Persembahan pantun.  Dina anak kepada kawan kami, Encik Rozi dan Puan Atie begitu 'cute' dengan pakaian tradisional melayu lama.

















Persembahan yang ditunggu-tunggu oleh kami iaitu tarian 'Jingling Nona'.  Tarian oleh pelajar 4 tahun yang diterajui oleh si kenit kami, Fatihah.  

















Sekali lagi mama berbangga, Fatihah sungguh pandai beraksi di atas pentas.  Jelas memberikan komitmen dan kerjasama kepada program.


Fatihah yang susah nak senyum.  Pada hal dah banyak kali kami pesan kepada beliau supaya senyum semasa menari.  Tapi itulah yang payah untuk dia buat.

















Tak sangka kamu juga punya bakat macam kakak Dija.  Insya'Allah, sama-sama cemerlang di dunia dan akhirat.


Kami tidak pulang dengan tangan kosong.  Masing-masing dapat cenderahati program.  Khadija dan Fatihah dapat mainan sorang satu. Mama dan abah dapat kain batik dan hadiah cabutan bertuah.


















Rezeki kami, 'slow cooker'.  Syukur Alhamdulillah.


Piala kebanggaan Khadija, gambar dan sijil Pra Tahfiz.

















Sampai je rumah, Khadija terus masuk bilik dan ambil semua piala yang dia dapat sebelum ini.  Dikeluarkan kesemuanya dan disusun di atas meja.  8 piala dan 5 medal telah berjaya dikumpul Khadija dalam tempoh 3 tahun beliau di alam tadika.  


Susunan piala yang dah tak muat.  Satu daripadanya Fatihah punya. Nampaknya, kami kena belikan satu almari khusus untuk susun piala mereka berdua nanti.  

Terima kasih Allah!  Semoga kejayaan mereka berdua berterusan dan selari (akademik + akhlak + agama).






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...