Baru perasan, 'entry' untuk bulan September hanya ada 2 cerita je. Disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti, 'update' blog pun jadi terbengkalai. Jadi cerita sepanjang bulan September terpaksalah saya rangkumkan di dalam satu 'entry' ni terus.
Khadija bergambar bersama wan uda ketika menghantar beliau di Tabung Haji Kelana Jaya bagi menunaikan fardhu haji. Semoga mak uda diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana. Insya'Allah mendapat haji yang mabrur.
Aktiviti di hari minggu yang seterusnya. Terasa nak buat kek marble. Guna tepung adunan kek segera 'brand' nona. Cuma perlu tambah 4 biji telur sahaja.
Sambal udang petai. Udang bersaiz besar dari Teluk Intan dikirim dengan Kak Ti.
Fatihah yang senang hati, lepas makan duduk 'rileks'.
Kakak Dija yang sekarang ni rajin sangat menolong basuh pinggan. Kerajinan terserlah kalau abah dia yang berada sama di dapur.
Basuh pinggan sebiji boleh mengambil masa sampai berminit-minit sebab yang lebihnya main air.
Aura rajin nak buat biskut semperit susu datang tiba-tiba bila tengok resepinya mudah sangat. Cuma guna susu pekat, tepung jagung dan buttercup. Terus buat petang hari yang sama.
Saiz biskut yang tak sama besar.
Dapat menghasilkan 2 bekas untuk kudapan kami.
Di minggu yang lainnya pula, kami mengikut abah Hakim ke Pantai Acheh, Pulau Indah. Persediaan menjelang kejohanan paramotor.
Khadija tak ikut sama sebab tu adik boring. Dija nak tinggal rumah wan sebab nak main dengan mak cik Ain dan adik Faris.
Adik yang akan diberi perhatian lebih bila kakak Dija tak ada. Untunglah adik masa ni bila kemahuan dia abah turutkan.
Seronok juga bersantai di petang hari kat Pantai Acheh ni, walaupun panas tapi ada tiupan angin yang nyaman.
Minggu seterusnya, kami bermalam di hotel. Sekali-sekala bertukar suasana. Lokasi hotel yang tak berapa jauh dari rumah kami.
Kakak Dija yang semakin dewasa. Diam tak diam, tahun depan dah masuk sekolah rendah.
Budak yang 'happy' memanjang, Fatihah.
Seronok dapat tidur hotel, sampaikan tak nak balik rumah.
Kalau nak tahu lokasi hotel ni amat berdekatan dengan GM Klang. Harga bilik yang kami ambil cuma RM90.00 semalam. Mana tak murah, hotel ni lebih kurang macam hotel bajet je. Ruang bilik pun tak lah luas mana, lagi luas bilik tidur kami di rumah. Kecil je biliknya lebih kurang macam Tune Hotel je. Tapi tetap disediakan kemudahan tv, water heater dan wifi. Sebenarnya kami menginap di sini pun sebab mengambil peluang kejohanan paramotor antarabangsa yang dikendalikan oleh Hakim tempohari. Tapi, apa yang boleh saya katakan, tidur di rumah sendiri adalah lebih selesa dan terbaik bagi saya.
0 comments:
Post a Comment