Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, February 17, 2014

Adik di Tadika dan Tahfiz

"Setiap anak anugerah Allah adalah istimewa".  Berpegang kepada kata-kata itu, saya bersyukur kepadaNya kerana dikurniakan 2 anak yang sempurna di mata dan hati saya.

Alhamdulillah, perkembangan Fatihah di tadika setakat bulan Februari ni memang ok.  Setakat ni hanya sehari dia tak hadir tadika/tahfiz disebabkan demam.  Hari-hari lain pula, Fatihah nampak ceria dan tak perlu dipaksa untuk ke tadika.  Cumanya untuk ke tahfiz pada sebelah petang, agak menduga sedikit dan dalam keadaan paksa kerana perlu mengorbankan waktu tidur dia.

Aktiviti di Tadika Ceria Az-Zahrah lebih kepada 'Play School'.  Kerapkali Ibu Zarah ingatkan kepada ibubapa yang menghantar anak ke tadika ini, penekanan bukan kepada 'MESTI' pandai membaca, menulis, mengira seperti di tadika yang lain.  Tetapi lebih kepada peribadi, akhlak dan sahsiah dalam diri anak-anak.  Gambar aktiviti Fatihah di tadika yang diambil dari facebook 'Aktiviti Kami Di Az-Zahrah'.























Fatihah dan kawan-kawan dalam Yellow Class.  Sangat bertuah bila Fatihah disenaraikan bawah Yellow Class untuk kelas umur 5 tahun ini kerana kelas ini di bawah kelolaan Teacher Nur Edzati Kamaludin.  Teacher ini antara teacher paling 'favourite' di Tadika Ceria Az-Zahrah.























Kawan rapat Fatihah.  Di mana ada Fatihah, di situ mesti ada Inas.  Berkawan sejak umur 4 tahun semasa dalam Pink Class.  Selain Inas, kawan rapat Fatihah yang sering menjadi sebutan ialah Alya.  Tapi Alya di tempatkan di kelas berlainan.  Walaupun berlainan kelas di tadika, tapi menurut teacher, bila waktu rehat/makan, dia orang bertiga mesti duduk dan makan bersama.























Gambar ni pula semasa aktiviti melawat ke dusun buah-buahan sempena program 'Go Green'.  

Fatihah pegang ranting daun di dusun Tok Lang @ Haji Ladzim di Jalan Hasan, Sungai Udang.  Difahamkan masa ni dusun tak ada buah sebab belum tiba musim.























Fatihah dan Inas.  Bila saya tanya, "Fatihah tengah buat apa masa ni?"  Dia jawab, "Adik tengah warna pokok".























Teacher Edzati yang lemah lembut dan tinggi ilmu dan pengetahuannya.























Ibu bapa diminta membawa buah-buahan tempatan semasa program 'Go Green' tersebut.  Mungkin tujuannya nak kenalkan budak-budak ni dengan buah-buahan tempatan dan rasa buah-buahan tersebut.  Saya bawakan Fatihah buah nenas, buah naga @ 'dragon fruit' dan buah kelapa muda. 

















Fatihah dan kawan-kawan melihat teacher buat demonstrasi salad buah-buahan.

















Aktiviti di hari yang lain, bermain pasir dengan kawan-kawan. 

Fatihah pada usia nak masuk 5 tahun ni, banyak perkembangan positif.  Dia semakin berani, berkeyakinan, pandai bergaul, telah kenal huruf dan abjad serta boleh membaca beberapa surah yang pendek.  Dia nampaknya dah boleh mengira mengikut turutan nombor dengan betul sehingga nombor puluh.  Cara pegang pensil, menulis abjad dan mewarna juga semakin kemas.

Walau apa pun, sebagai ibu, saya juga mahukan yang terbaik untuk Fatihah.  'Target' saya, Fatihah dapat membaca paling lewat pertengahan usia 6 tahun...... Insya'Allah.  Persediaan ke arah itu perlu dari sekarang, saya dan abah Hakim tak boleh mengharapkan 'teacher' sepenuhnya untuk mengajar Fatihah.  Kami perlu bersama-sama untuk pastikan dia boleh..... sama seperti kakak Khadija.  Semoga Fatihah diterangkan hati, dilapangkan dada dan dipermudahkan untuk menerima ilmu.







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...