Akhirnya, hasrat nak deko bilik tidur Khadija terlaksana walaupun agak lambat setelah 2 tahun kami menghuni rumah ini. Kalau diikutkan bilik ini adalah bilik Khadija seorang yang mana untuk Fatihah juga kami telah peruntukkan 1 bilik, tapi disebabkan kedua-duanya penakut, eloklah buat masa ni mereka berkongsi bilik. Bagi kami, biarlah mereka membesar dengan rasa saling memerlukan, rapat antara satu sama lain dan berkongsi apa juga peralatan bersama.
Bagi menimbulkan 'mood' ceria, kami pasang 'wallpaper' di bilik ni. 'Wallpaper' berharga RM50.00 segulung yag dibeli di GM Klang. Dipasang seorang diri oleh abah Hakim. Corak 'wallpaper' ni dipilih sebab memikirkan ianya lebih ceria dan boleh bertahan lama berbanding imej kartun.
Ruang bilik yang agak terhad iaitu 12' x 12' agak sesak bagi saya untuk memuatkan semua barang mereka yang ada. Dalam kotak di hujung kepala katil tu tersimpan semua mainan mereka berdua.
Tiada tema untuk bilik ini. Janji mereka berdua sukakan suasananya. Sebelum ni, bilik ni kami letakkan katil 'single'/bujang je. Tapi disebabkan mereka berkongsi bilik, kami tukarkan katil 'queen' milik kami. Dan disebabkan itu, mama dan abah dapat katil dan tilam baru.
Ruang belajar mereka berdua. Memadai dengan apa yang ada sebelum ini. Insya' Allah, akan kami 'upgrade' dari masa ke semasa mengikut umur mereka.
'White board' yang banyak membantu. Seringkali abah Hakim gunakan untuk ulangkaji pelajaran Khadija atau tulis nota untuk ingatan kami bersama.
Piala-piala milik mereka berdua.
Jam dinding pilihan Khadija yang mana dia juga dah pandai baca jam jarum. Sebahagian anak patung yang masih aktif dimain oleh mereka berdua diletakkan atas rak plastik. Yang dah tak aktif main, kesemuanya disimpan dalam kotak.
Buku-buku yang ada pada masa ini terpaksa dicampur dalam satu kabinet ini. Kebanyakkannya buku cerita milik Khadija.
Khadija yang puashati dengan susunan baru di bilik tidurnya.
Aktiviti mereka berdua sekarang ni banyak di dalam bilik. Mungkin tengah teruja dengan suasana baru bilik mereka.
Kakak ajar adik eja dan tulis perkataan A untuk Ayam.
Kakak sebagai mentor kepada adik. Mereka ni pun sama macam kanak-kanak lain, ada masa baik, ada masa gaduh.
Di hari yang lain, bersiap nak keluar jalan-jalan.
Main basikal dulu sementara nak tunggu mama dan abah tutup pintu rumah.
Entah apa lah si adik fikirkan tu?
Minum petang merangkap makan malam di kedai mamak ~ Restoran Subaidah, Bayu Perdana.
Saya pilih mee goreng mamak, sekali-sekala je boleh pekena mee goreng mamak ni sebab kalorinya agak tinggi. Tak puas makan sebab Khadija dan Fatihah tumpang makan sekali walaupun mereka dah makan roti canai seorang sekeping. Sebab tak kenyang, mama order lagi, sekeping tosai.
Abah Hakim dengan ayam tandori dan cappati.
Seronok dengan aktiviti mendeko bilik yang walaupun penat tetapi berbaloi bagi saya dan abah Hakim sebab ruang 'privacy' kami dah tak lagi berkongsi dengan mereka berdua.
0 comments:
Post a Comment