Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, June 19, 2014

Aktiviti Mereka Di Cuti Sekolah

Cuti sekolah selama 3 minggu lepas, pada hari mama bekerja mereka akan menghabiskan masa seharian di rumah wan.  Kalau tak bermain dengan Fariz dan Puteri sepupu mereka, masa dihabiskan dengan menonton televisyen.

 
Gambar dirakam selepas balik dari kenduri, singgah sekejap kat rumah wan.  Mereka berdua memang pandai buat mata juling sejak dari 'baby' lagi.  

 
Fatihah yang semakin menjadi-jadi manja dan mengada terutama bila bersama abah Hakim.  Nakkan perhatian yang lebih dan pujian, tapi agak malas berusaha jika dibandingkan dengan kakak.  Apa-apa pun Fatihah memiliki karakter tersendiri yang istimewa bagi kami.

 
Menonton wayang di MBO, Harbour Place selepas ke kenduri kahwin.
























Sampai di MBO hampir 2.45 petang, tayangan terhampir jam 2.50 petang.  Elok je ada cerita Abang Long Fadhil lakonan Zizan Razak yang paling terdekat.  Terus sahaja abah Hakim beli tiket. 


















Cerita ni kenalah dengan 2 beranak ni Khadija dan abah Hakim. 

















Mama dan Fatihah yang tak berapa nak layan cerita Abang Long Fadhil sebab aksinya memang banyak tak logik.  Fatihah asyik merungut nak minta tukar tengok cerita lain.


















Di hari yang lainnya, kami bawa mereka berdua ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.  Mama carikan Fatihah buku berkaitan angsa yang bertepatan dengan projek 'Fun English At Home'.























Fatihah yang mulanya agak 'moody' sebab masih mamai dikejutkan dari tidur.  Dia ni pantang jalan jauh sikit mesti tertidur dalam kereta.























Akhirnya, lepas 10 minit kembali aktif semula.

















Lepas tu, mulalah Fatihah dan Khadija tak duduk diam.  Berlari ke sana sini dalam 'library' tu.  Walau ditegah suruh duduk diam tak dihirau mereka.























Hujung minggu seterusnya, kami ke Sungai Buloh mencari pokok bagi projek landskap kami.

















Mereka yang tak sabar, sampai je rumah terus mulakan operasi menanam pokok yang dibeli dalam pasu.

















Bukan main suka sebab dapat main tanah.

















Pokok buluh yang kami beli untuk ditanam di dalam pasu besar dan diletakkan di hadapan pondok @ gazebo kami.

















Hasil landskap kami.  Abah Hakim bersemangat untuk menambahbaik landskap setelah pasang lampu kat gazebo ni.  Meriahlah nampaknya malam Ramadhan dan Syawal kami tahun ni dengan kerlipan lampu gazebo ni nanti.

















Keterujaan mereka berdua beradik di musim cuti sekolah ni bertambah bila mana abah Hakim beli mesin potong rumput jenis sorong.  Selalu abah Hakim guna yang sangkut kat belakang, kali ni tukar pakai sorong pula sebab katanya boleh potong rumput dengan lebih 'relax' dan santai.  Kakak Dija yang paling 'excited' nak tolong abah Hakim potong rumput.














Berjalan ke beberapa 'shopping complex' dalam beberapa kali juga dengan tujuan beli baju raya mereka berdua.  Setakat ni mama dah puashati sebab dapat beli mereka beberapa pasang baju dan kasut raya dengan harga yang berbaloi sebab beli masa ada diskaun.  Alhamdulillah, lepas ni dah boleh fokus persiapan lain pula.














Abah Hakim membawa mereka berdua membuat pemeriksaan gigi di Klinik Kesihatan Pandamaran.  Rutin setiap 6 bulan sekali.  Masa ni mama tak ikut sama.  Perkhidmatan memang sekejap, tak sampai setengah jam mereka di sana.






















2 batang gigi susu Khadija di bahagian depan yang dah memang bergoyang  telah dicabut. 

 
Gigi Fatihah seperti biasa, hanya dibersih dan disapu gel.

Itulah antara aktiviti yang mereka lakukan sepanjang cuti sekolah ni selain daripada menyiapkan 'homework' @ tugasan yang guru mereka bagi.  Alhamdulillah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...