Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 10, 2014

Kakak Dah 7 Tahun

Bertambah sudah usia Khadija setahun lagi.  Syukur Alhamdulillah.  Khadija anugerah terbaik daripadaNya buat kami.  Dia memang anak yang mendengar kata.  Tidak susah bagi kami untuk menjaga Khadija dari dia 'baby' hinggalah ke hari ini.


















Kek yang 'simple' dan kecil bertepatan dengan konsep sambutan hari jadi kami, sekadar mengingati dan meraikan.  

















Fatihah pula yang terlebih 'excited'.


















Perkembangan Khadija dari segi pelajaran, memang memberangsangkan dan di luar jangkaan kerana dia cepat dan mudah faham.  Paling kami tak sangka, penguasaan dan pemahaman bahasa inggeris dia juga agak agak baik kerana dia menunjukkan minat yang tinggi dengan bahasa inggeris.  Setiap perkataan yang didengar atau dibaca melalui sarikata bahasa inggeris di televisyen cuba diterjemah beliau.  

Mama dan abah sangat bersyukur kerana Khadija juga 'ringan' untuk solat.  Sepanjang cuti sekolah ni, dengar sahaja azan Subuh terus Khadija bangun, mandi dan solat.  Dia nampaknya cuba untuk lengkapkan solat 5 waktunya sepanjang cuti ni.  Mengaji juga nampaknya tidak perlu disuruh.  Alhamdulillah, semoga ianya sebati dan berterusan dalam diri Khadija sampai bila-bila. 

Doa kami buat Khadija, semoga perjalanan dan urusan Khadija dipermudahkan, diterangkan hati, dipelihara kesihatan dan dimurahkan rezeki.

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke - 7 tahun, kakak Khadija.  Mama, abah dan adik Fatihah sayang kakak Dija. 






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...