Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, April 5, 2016

Superhero...... Abah Hakim vs Boboiboy

Memenuhi permintaan mereka hujung cuti sekolah baru-baru ni, nak tengok wayang cerita Boboiboy.  Cerita animasi tempatan yang paling saya tak berminat sebenarnya.  Tapi diturutkan juga untuk menggembirakan mereka.














Ain ikut sama.  Kami sampai di AEON Bukit Tinggi lebih kurang pukul 12.30 tengahari.  Terus ke kaunter tiket untuk melihat waktu tayangan terdekat.  Mujur ada tayangan pukul 1.50 tengahari yang masih kosong.  Setelah membuat perbandingan dengan tayangan pukul 3.00 petang yang juga hanya kosong di kerusi bahagian depan, maka tanpa berfikir panjang, kami putuskan untuk ambil sahaja tayangan jam 1.50 tengahari sebab dah tak ada pilihan.  Walaupun terpaksa mendongak menonton nanti.  























Imam kami.  'Like father, like son'.














Harraz kami letakkan dalam 'stroller' dan bawa masuk sekali ke dalam panggung wayang sebab kebetulan dapat kerusi di bahagian paling bawah.  Setengah jam pertama, Harraz duduk diam sahaja di dalam 'stroller'.  Mungkin teruja atau takut dengan suasana gelap di dalam panggung wayang yang merupakan pengalaman pertama buat dia.























Mendongak tengok cerita.  Entah apa yang  'best' dengan cerita ni pun saya tak tahu.  Penuh kerusi panggung wayang.

Tapi bila ditanya kat budak-budak ni, semua kata 'best' dan tak puas menonton.  Mama pula lagi setengah jam nak habis cerita, terpaksa keluar sebab Harraz mula rimas dan tak tahu duduk diam.  Dipanjatnya tangga panggung, ditolaknya 'stroller' dan macam-macam lagi kerenah dia.  Tak nak timbulkan rasa tak selesa dengan penonton lain, mama putuskan lebih baik mama dan Harraz menunggu di luar, berjalan 'window shopping'.















Tak sia-sia juga kami ke AEON Mall ni, selain menonton wayang, dapat juga abah Hakim menderma.  Walaupun hanya titisan darah bukan wang ringgit tapi mama cukup berbangga dan puji sikap abah Hakim yang tak kedekut.  Setiap 3 bulan sekali, Insha Allah..... abah Hakim menderma darah.  Alhamdulillah.  Dapat membantu nyawa insan-insan yang memerlukan.

Abah Hakimlah super hero kami..... bukan Boboiboy.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...