Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, August 24, 2016

Kami @ Derma Darah

Aktiviti setiap 3 bulan sekali dalam kalendar tahunan abah Hakim iaitu menderma darah.  Alhamdulillah.  Saya berbangga punya suami seorang penderma darah yang menjadikan amalan ini sebahagian daripada tanggungjawab, kata beliau.  Walau pun saya sendiri bukan penderma darah, dengan galakan yang saya berikan, mungkin ada 'bahagian' juga buat saya dariNya.  Insya Allah.















Budak-budak ni memang 'happy' sangat bila dapat keluar.















Walaupun sekadar teman tengok abah Hakim derma darah tapi kami 'enjoy'.  Paling best setiap kali derma darah mesti dapat 'goodies'.  Kali ni dalam beg 'goodies' siap ada satu tiket wayang free yang ditaja oleh penganjur kempen derma darah iaitu pihak MBO, Harbour Place.














Anak abah.

























Habis derma darah, kami bawa anak-anak beridah di taman permainan.  Puas berbasikal, mereka main lompat-lompat pula.

















Inilah sebahagian daripada pengisian hujung minggu kami.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...