Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, September 22, 2016

Raya Haji @ Aidiladha 2016

Sekejap sahaja, pejam celik, pejam celik dah Raya Haji.  Rasa macam baru sahaja memasuki tahun 2016, macam baru sahaja hantar anak masuk sekolah, macam baru sahaja sambut Raya Puasa.  Ni dah Raya Haji.  Beberapa hari lagi, masuk pula tahun Islam yang baru.  Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia saya dan ahli keluarga yang saya sayangi untuk bersama-sama lagi.

Syukur, tahun ni saya dapat menunaikan ibadah korban.  Alhamdulillah, saya dan abah Hakim sejak beberapa tahun yang lepas dilapangkan rezeki dan dipermudahkan kami untuk berkorban setiap tahun.  Mudah-mudahan, ibadah yang kami lakukan ini diterima olehNya dan menjadi bekalan untuk timbangan amal kami kelak.

Hari Raya yang 'happy' dah tentunya budak-budak.  Makanya, hanya gambar anak-anak dan sepupu mereka yang dapat saya rakam tahun ini.  Itupun, susah betul nak kumpulkan mereka sebab budak-budak ni 'moody'. 







Semoga keakraban mereka ini sehingga ke anak cucu nanti.  Insya Allah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...