Cameron Highlands lagi. Kenapa Cameron Highlands ya? Asyik-asyik Cameron. Setiap kali 'on the way' samada nak ke sana atau balik, dalam hati rasa serik, cukuplah lepas ni tak nak pergi Cameron lagi. Sebabnya saya memang tak tahan dengan rasa mabuk atau pening sepanjang perjalanan bersimpang siur naik atau turun bukit. Tapi bila tengok gambar kawan-kawan bercuti ke sana, hati rasa terpanggil-panggil nak ke Cameron lagi. Mungkin sebab Cameron tu sejuk, Cameron tu ada strawberry, Cameron tu ada banyak sayur-sayuran yang segar, roses yang murah dan mungkin juga sebab Cameron tu menepati destinasi percutian saya yang mana lokasi yang dipilih selain tempat untuk berehat, tempat tu juga mestilah boleh 'shopping'. Makanya, bila abah Hakim ajak pergi Cameron terus sahaja saya setuju. Anak-anak apatah lagi, memang teruja.
Sebelum memulakan perjalanan, kita 'breakfast' dulu.
Nak bagi Harraz duduk diam, terpaksa pagi-pagi bagi dia nyonyot lollipop.
Fatihah paling teruja nak pergi Cameron. Seminggu sebelum, tak habis-habis bertanya pasal Cameron. Fatihah bertudung atas arahan abah Hakim, tu yang agak muncung sebab terpaksa pakai tudung barangkali.
Tosai 1!
Sementara menunggu abah solat sunat Dhuha kat hentian R&R Tapah.
Budak bijak yang tak tahu duduk diam.
Harraz tengah 'aim' nak terjun dalam air tu sebenarnya.
Anak-anak dan mama.
Like father, like son.
Tak sabar nak teruskan perjalanan.
0 comments:
Post a Comment