Alhamdulillah. Kami masih diberi peluang untuk mengikuti Majlis Ihtifal Sekolah Islam Al-Farabi, Klang untuk tahun 2016. Majlis yang diadakan khusus untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang sekolah rendah dan menengah Al-Farabi disamping penganugerahan sijil graduasi kepada pelajar tingkatan 5.
Perasaan saya sudah tentulah teruja sebab Khadija dan Fatihah akan naik pentas. Teruja dan bangga melihat kejayaan anak-anak yang pada saya adalah hasil daripada usaha mereka sendiri disamping tunjuk ajar guru dan doa dari kami yang tidak pernah putus-putus untuk melihat kejayaan mereka. Dengan izin Allah juga, tanpa keizinan 'Dia'..... semua ini tidak terjadi. Alhamdulillah.
Lokasi majlis seperti tahun-tahun sebelum ini, Dewan Putra, Kampung Delek Kanan.
Perarakan masuk para graduasi.
Perasmian program.
Khadija duduk di dalam barisan penerima anugerah.
Khadija ikut serta dalam tarian yang bersama kumpulan pelajar tahun 1.
Biasalah, siapa tak kenal Khadija. Kalau boleh semua acara dia nak masuk. Alhamdulillah, walaupun dia aktif, pelajaran setakat ini tak diabaikan.
Bangga melihat Khadija menari di atas pentas kerana mama dulu tak seberani Khadija.
Persembahan nasyid oleh pelajar sekolah menengah.
Acara yang dinanti-nantikan. Bermula agak lewat tapi kami masih bersemangat menunggu.
Alhamdulillah. Khadija masih mengekalkan tempat pertama dalam kedudukan kelas dan keseluruhan untuk tahun 3.
Hadiah diberikan bersekali untuk kedudukan dalam kelas dan skor A. Alhamdulillah, Khadija dapat skor 10A daripada 12 subjek yang dipelajari. Dua subjek Khadija tidak mendapat skor A/Mumtaz iaitu Sains dan Fekah/Tauhid.
Tempat ketiga kelas Hafazan. Alhamdulillah, Khadija dah melangkah ke kelas hafazan selepas berjaya melepasi kelas pra-tahfiz dan tilawah.
Usaha yang berterusan juga perlu dari rumah bukan sahaja mengharapkan guru di sekolah. Khadija dan Fatihah selalunya mengaji selepas solat subuh dengan dipantau bacaannya oleh abah Hakim.
Seterusnya, hadiah kedatangan penuh.
Jelas terpancar kepuasan pada wajah Khadija di atas usahanya untuk tidak ponteng sekolah walaupun tidak sihat. Syabas Khadija, 3 tahun berturut-turut membawa balik hadiah kedatangan penuh. Moral dan positifnya disini, ia dapat mendisiplinkan diri pelajar untuk komited dengan peraturan sekolah.
Lagi hadiah untuk Khadija. Hadiah kedatangan penuh ke kelas tahfiz. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, Khairin Fatihah juga dapat hadiah. Walaupun tak dapat hadiah 'top 3' dalam kelas, tapi mama dan abah bangga sebab Khairin dapat nombor 4 di dalam kelas 1 Bestari dan keseluruhan tahun 1. Khairin memperolehi hadiah bagi skor 8A. Tahniah, Khairin..... kamu juga sama bijak seperti kakak.
Mereka dan hadiah yang diperolehi.
Happy dengan kejayaan anak-anak.
Bersama ustazah-ustazah yang melatih persembahan mereka.
Seminggu sebelum hari terakhir persekolahan, Khadija menerima kejutan...... Khadija dinobatkan Tokoh Pelajar bagi tahap 1. Pengumuman yang dibuat secara kejutan semasa program sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Alhamdulillah.
Hadiah berupa senaskhah Al-Quran dan baju.
4 beg diperolehi mereka pada tahun ini. Syukur, dua tahun kebelakangan ini kami tidak perlu membeli beg dan alatulis kerana mereka berdua sering menerima hadiah di atas kecemerlangan mereka di sekolah.
Barisan hadiah alatulis dan buku yang mereka perolehi. Bila tengok semua hadiah-hadiah ini, mama dan abah Hakim bersyukur kerana punya anak-anak hebat seperti kamu. Alhamdulillah. Ini semua ujian daripada Allah. Semoga semua ini memberi kebaikan kepada kami. Doa kami juga semoga kejayaan mereka berterusan ke tahun-tahun akan datang.
0 comments:
Post a Comment