Cerita kali ini, Khadija yang tulis.
Sempena Hari Kebangsaan, sekolah saya telah mengadakan pertandingan rekacipta bagi tahun 3 dan juga tahun 4. Saya dan kawan-kawan adalah wakil kelas yang dipilih oleh Ustazah Huda, guru kelas saya.
Sempena Hari Kebangsaan, sekolah saya telah mengadakan pertandingan rekacipta bagi tahun 3 dan juga tahun 4. Saya dan kawan-kawan adalah wakil kelas yang dipilih oleh Ustazah Huda, guru kelas saya.
Membina sesuatu memang susah, tetapi kami mencuba. Ustazah Huda cuba sedaya upaya untuk mendapatkan idea.
Mama pun banyak membantu juga, mama memberi banyak barang terpakai untuk menghasilkan bangunan bersejarah kami. Terima kasih mama!
Setelah berpuas hati dengan hasil kerja kami, kami menerangkan tentang apa yang kami buat kepada juri.
Akhirnya, kami mendapat keputusan daripada juri. Kami mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan itu.
0 comments:
Post a Comment