Alhamdulillah. Awal bulan Februari 2018 dimulakan dengan majlis bersilaturrahim anak, cucu dan cicit Arwah Haji Hashim bin Md. Isa (atuk saya) dan Allahyarhamah Hajjah Mariam binti Daud (wan saya). Syukur perjalanan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil untuk arwah atuk, wan, opah dan moyang serta pak cik, mak cik yang terlebih dahulu meninggalkan kami telah berjalan dengan lancar.
Majlis pula diadakan di rumah baru cikgu Amirah dan wan alang (mak saudara saya) yang bersebelahan dengan rumah mak cik Nor (adik saya). Rumah di taman perumahan baru iaitu Taman Udang Kuning. Bercerita mengenai taman perumahan ini, ianya merupakan tanah pusaka arwah wan Hajjah Mariam binti Daud yang ditinggalkan untuk anak-anak. Tanah ini terletak di antara kawasan rumah-rumah kampung. Disebabkan tiada sebarang perancangan adik-beradik mak untuk tanah ini setelah arwah wan tiada, makanya adalah lebih baik ianya dimajukan untuk taman perumahan. Syukur Alhamdulilllah, Allah mudahkan urusan pembangunan taman perumahan ini secara usahama (Joint Venture) bersama pihak pemaju perumahan. Dapatlah dalam 39 unit rumah teres. Makanya, 9 unit rumah telah dipersetujui oleh pihak pemaju untuk diberikan kepada tuan tanah. Daripada 9 unit itu, bahagian mak saya ada 2 unit. Syukur Alhamdulillah. Harga untuk setiap unit adalah mengikut keluasan rumah yang mana harga maksima ketika ini adalah sekitar RM380,000.00. Syukur Alhamdulillah.
Al-Fatihah untuk arwah atuk Hashim dan wan Mariam. Peninggalan pusaka arwah banyak untuk kami. Saya sebagai cucu turut terkesan dengan peninggalan ini kerana tapak tanah rumah yang saya dirikan juga adalah daripada arwah atuk Hashim. Syukur Alhamdulillah. Saya turut menyimpan impian untuk mencari mana-mana tanah untuk dijadikan aset sepertimana orang tua dahulu buat untuk anak cucu. Semoga impian ini Allah permudahkan.
Sebahagian daripada kami yang datang awal.
Majlis kenduri bertembung dengan majlis akikah anak sepupu kami. Makanya, sepupu dari sebelah Kuala Lumpur tak dapat datang.
Di hadapan rumah baru mak lang.
Susah juga nak mengumpulkan semua. Setakat adik beradik saya memang akan ada tapi sepupu sepapat mesti ada yang tak dapat datang.
Dapat juga menyelit di hujung.
Selesai tahlil dan doa selamat. Apa lagi terus makan sebab jam pun dah menunjukkan pukul 2.30 petang. Masing-masing sudah kelaparan.
Mereka kanak-kanaklah paling 'excited' bila ada kenduri sebab dapat berkumpul dan bermain. Tambahan pula, ada 'playground' dekat depan rumah mak cik Nor mereka ni. Apalagi 'super excited' dari pagi sampai ke petang main buaian dan gelongsor.
Orang surau.
Makanan melimpah ruah hari tu sebab kami anak saudara mak lang masing-masing bawa kuih-muih.
Ain semenjak dah masuk sekolah menengah ni dah tak nak main dengan budak-budak.
10 tahun lagi, masing-masing dah remaja.
Kakak Khadija yang dah semakin pandai 'mengelat' jaga adik. Dalam kematangan dia, ada juga sifat keanak-anakan dia. Masih nak main dekat 'playground', melompat dan memanjat. Tak apalah, bagi dia peluang menikmati zaman kanak-kanak dia.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih arwah atuk dan arwah wan. Insha Allah, nama kalian sentiasa dalam ingatan kami.
Semoga amalan dan kebaikan arwah atuk dan arwah wan menjadi ikutan kami cucu dan cicit legasi Haji Hashim dan Hajjah Mariam. Al-Fatihah untuk arwah.
0 comments:
Post a Comment