Penghujung bulan Januari dan awal bulan Februari, apa yang saya perasan setiap tahun adalah musim mudah diserang demam, batuk dan selesema. Cuaca tak menentu, sekejap hujan, sekejap panas berminggu-minggu antara penyebab yang mengganggu kesihatan kami. Saya juga amat perasan bila tiba musim buah limau mandarin, walau hanya sebiji dimakan, kesannya akan batuk berpanjangan.
Harraz seminggu dicutikan dari ke tadika sebab demam dan batuk. Mujur, Khairin demam pada hujung minggu, makanya sekolah masih diteruskan tanpa culas walau sehari. Kakak Dija pula, demam agak teruk kali ni, tapi masih juga ke sekolah sebab nakkan kehadiran penuh. Cumanya, satu hari dia diambil pulang lebih awal dari biasa tanpa perlu sambung ke kelas tahfiz. Kehadiran masih dikira penuh menurut pihak sekolah sebab kedatangan telah direkodkan dan telah melebihi jam 10.30 pagi. Alhamdulillah, anak-anak saya seorang yang komited dan berdisiplin tinggi. Syukur.
Cerita hujung minggu kami pula sekarang ini sentiasa penuh dengan jadual. Semenjak Khadija memasuki tahap 2 ini, setiap Sabtu perlu hadir ke kokurikulum. Dia juga telah kami masukkan ke pusat tuisyen pada hujung minggu. Disebabkan ini, aktiviti jalan-jalan kami pada hujung minggu agak terhad dan terkekang buat masa ini.
Makanya, pada cuti Tahun Baru Cina yang panjang baru-baru ini, kami habiskan masa dengan berjalan dan beriadah di Shopping Complex.
Melayan kerenah budak-budak yang adakalanya menghiburkan, tetapi selebihnya adalah menggeramkan.
0 comments:
Post a Comment