Semakin hari makin dewasa dan makin mencabar untuk membesarkan dia orang bertiga ni. Dia orang dah pandai menjawab, menafikan, endah tak endah, berlengah-lengah dan macam-macam lagilah kerenah dia orang ni. Bohong jika katakan yang mereka ini sebaik-baik anak. Tapi dalam kenakalan mereka, pandai juga mereka mengambil hati saya balik, pandai juga minta maaf dan pujuk jika mama dia ni dah berubah menjadi 'singa'.
Itu dari segi kenakalan mereka. Dari segi akademik pula, ada penurunan juga markah walaupun nombor/kedudukan di dalam kelas untuk Khadija masih kekal tempat pertama keseluruhan tahun 5. Manakala Khairin dapat nombor 4 dari keseluruhan tahun 3. Nak kata tak ulangkaji, mereka rajin juga membuka buku, 'homework' juga tidak pernah tak buat. Mungkin faktor sukatan pelajaran yang semakin susah menyebabkan markah sedikit menurun.
Muhammad Harraz pula agak 'clever' juga peningkatan diri dia. Dalam usia baru 3 tahun 9 bulan, Harraz dah boleh bercakap dengan petah, kenal warna di dalam bahasa inggeris dan melayu, boleh mengira angka 1 hingga 10, dah pandai menghafal huruf A hingga Z dan beberapa doa ringkas. Dia juga agak rajin pegang pensil walaupun hanya menconteng. Alhamdulillah, pada saya ada kemajuan. Syukur dia tidak terlewat jika dibandingkan dengan anak-anak lain yang seusia dia ada yang masih belum pandai bertutur. Karakter dia agak manja, mungkin sebab dia yang bongsu. Suka merengek bila hendakkan sesuatu, boleh berimaginasi bila kita ajak dia berbual atau bercerita dan pandai juga bodek bila nak ajak ke kedai kesukaan dia (Kedai ECO RM2.00).
Walau kadang-kadang perangai mereka memeningkan kepala dan membingitkan suasana, tapi ia umpama muzik bagi saya. Saya cuba hargai masa ini kerana momen-momen ini tidak akan berundur atau berulang lagi. Yang berlaku hari ini bakal menjadi kenangan yang tersimpan dalam kotak fikiran sahaja. Insha Allah.
0 comments:
Post a Comment