Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, July 12, 2018

Meraikan Tetamu di 9 Syawal 1439H

9 Syawal 1439H, dari pagi lagi saya dah mula memasak menu yang kami rancangkan untuk tetamu yang terdiri dari teman rapat dan ahli keluarga.  Menu yang kami pilih ayam masak rendang, sambal udang petai dan sayur kobis masak lemak putih serta ketupat palas ('instant', cuma perlu rebus sahaja). 























Satay ayam dan daging kami 'order' dalam 500 cucuk sebagai pelengkap kepada menu kami.


Syukur, makanan mencukupi buat tetamu-tetamu kami.


Tetamu pertama yang hadir, sepupu Harraz juga merangkap BFF dia.

 

Sepupu saya @ mak cik Ain panggilan Khadija.  Kesian Ain, baru kehilangan papa @ arwah Pak Usu.  Semoga arwah pak usu kami, Abdul Latif bin Abdul ditempatkan di kalangan orang beriman.

















Kami sebagai sepupu cuba gembirakan Ain yang mana dia ni anak tunggal.  Apa yang boleh kami bantu untuk ceriakan dia, kami akan cuba.  Mungkin dari segi wang ringgit tiada masalah bagi Ain.  Yang penting, sokongan dan kata-kata semangat untuk dia berjaya di dunia dan akhirat walaupun tanpa adanya papa dia.























Nurin Syazwana, rakan lama Khadija yang boleh dikatakan teman akrab juga walaupun sekarang dah berlainan sekolah.  Nurin masuk asrama tahfiz di Melaka.  Nurin kalau datang rumah kami mesti tak nak balik.

















Asbab anak-anak berkawan, saya dan mak Nurin juga jadi kawan.






















Sahabat baik dan rapat saya semasa sekolah rendah dulu, Siti Nuraisyah juga hadir dengan suaminya.  Persahabatan kami banyak kali terpisah disebabkan bila memasuki sekolah menengah kami ke sekolah berlainan.  Namun, disebabkan Aisyah ni rajin hubungi saya, jadinya hubungan baik ini masih berkekalan sehingga ke hari ini.

















Aisyah ni cikgu di sekolah rendah.  Kebetulan pula, sekarang ni dia jadi cikgu mengajar 'part time' di pusat tuisyen yang Khadija belajar.  Kiranya sekarang ni kami lagi semakin berjumpa disebabkan Khadija.


Semoga tahun hadapan kami dapat dihimpunkan lagi di dalam bulan Syawal seperti tahun ini dan semoga usia kami diberi keberkatan olehNya.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...