Happy birthday kesayangan mama, Muhammad Harraz. Sekejap sahaja sudah 4 tahun umur kamu. Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa-doa kami untuk memiliki anak lelaki. Tarikh 15 Oktober setiap tahun sentiasa dalam ingatan mama kerana adanya kamu telah melengkapkan keluarga kita.
Doa mama dan abah sentiasa mengiringi hembusan nafas kamu. Semoga kamu, Muhammad Harraz bin Hakim menjadi anak yang terbaik buat mama dan abah, adik yang menjaga kakak-kakak, taat perintah Allah dan Rasul, berjaya dalam akademik dengan cemerlang serta beroleh kemenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat nanti.
0 comments:
Post a Comment