Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, October 10, 2018

Jalan-Jalan Sekitar Kuala Terengganu

Di Kuala Terengganu puas jugalah kami berjalan iaitu dari petang hari Sabtu dan kemudiannya bersambung ke hari Ahad.  Antaranya lokasi yang kami lawati adalah Kompleks Nur Arfa Batik, Pasar Payang, sekitar Kampung Losong sebab nak cari keropok lekor losong (yang ni beli memang banyak sebab nak bagi mak sedara dan adik beradik), sekitar Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung (sempat solat disini) dan juga lepak bawah pokok di taman hadapan masjid terapung. 

Untuk lokasi makan-makan, ada beberapa lokasi yang kami pergi.  Tempat makan senang nak cari di Kuala Terengganu ni dan harga setiap kali makan juga amat berpatutan dan kami amat berpuashati.  Disebabkan sudah puas rasa makanan di Terengganu, malam akhir kami di sana kami makan KFC sahaja.




Melihat proses mencanting batik di Kompleks Nur Arfa Batik.


Bagi peluang kepada Khadija dan Fatihah tengok proses kain batik dihasilkan.


Banyak soalan yang kami tanya.  Ada proses yang perlu diikuti untuk mengelakkan warna kain luntur atau turun.

















Menurut pekerja ni, proses untuk menghasilkan sepasang kain songket ni memakan masa sehingga 3 bulan.  Harga pula mencecah ribuan ringgit disebabkan benang tenun yang digunakan juga dari jenis yang berkualiti dan mahal serta kaedah membuatnya secara tenunan manual bukan mesin.  Tidaklah kami membelinya sebab mahal.


Pasar Payang, masih seperti dulu.  Tak ada apa yang berubah.  Cumanya ada bangunan baru yang hampir siap dibina di sebelah pasar ni.  Ada juga saya memborong baju kaftan, kain batik dan kain ela songket.  Tawar-menawar mesti walaupun cuma dapat kurang dalam RM10.00.  Rata-rata harga di setiap kedai ni lebih kurang sama.  Cuma bagi corak kain yang dah lama memang akan dapat kurang banyak.























Dua kali juga kami berulang ke Pasar Payang sebabnya bila kira semula keropok yang dibeli tak cukup untuk bagi kat sedara-mara.  Maklumlah semua nak dibagi.























Produk setiap gerai lebih kurang sama, harga pun sama.  Kalau pandai minta tawar memang boleh dapat murah sikit beza dalam RM2 juga.  Itupun kalau beli banyaklah, macam keropok ikan tamban.



Gambar-gambar kami di Masjid Kristal.




Budak-budak dah penat. 





Dah nak memasuki remaja dah kakak Khadija.  Sudah pandai berfesyen dan menjaga penampilan serta kekemasan diri.  Alhamdulillah.


Abah yang 'sporting', ikut kehendak anak-anak.  Bertuahlah.


Kami berlatar belakangkan Masjid Terapung.

Seronok berjalan ke Terengganu.  Insha Allah, kami akan ke sini lagi.  Tapi mungkin fokus utamanya menjelajah ke pulau-pulau yang berada di negeri pantai timur ni.  Dalam masa yang sama, pasti akan singgah ke Pasar Payang kerana rugilah kalau ke Terengganu tidak ke Pasar Payang.

Terengganu, saya boleh simpulkan negeri yang bersih dan tenang dan bertepatanlah dengan cogankata Tahun Melawat Terengganu yang lepas iaitu "Beautiful Terengganu".






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...