Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 24, 2018

From Perak To Kota Bharu, Kelantan

Cuti-Cuti Malaysia kami kali ni merentasi 2 negeri sekaligus.  Dari negeri Perak terus ke negeri Kelantan.  Tapi ke negeri Kelantan ni memang terjah terus tanpa booking mana-mana hotel dulu.


















Sampai je Kota Bharu sekitar jam 6.45 petang, terus kami cari hotel-hotel bajet yang letaknya dekat dengan Pasar Siti Khadijah.  Sebabnya untuk memudahkan mama pergi 'shopping' kata abah Hakim.  Akhirnya setelah dua kali 'round' di deretan bangunan berhampiran Pasar Siti Khadijah, kami memilih Aslah Boutique Hotel.  Hotel bajet yang memenuhi kehendak kami dengan harga RM90.00 untuk satu bilik.  Hotel yang tanpa sarapan pagi tetapi tidak menjadi masalah kerana kedai makan memang berdekatan.  Selesai urusan hotel, kami terus menikmati makan malam di kedai berhampiran.

Solat pula dilakukan jamak kerana di dalam kategori bermusafir.  Alhamdulillah, Allah permudahkan kami.


Bergambar secara paksa di lobi hotel sebelum keluar berjalan kaki sekitar bangunan di pusat bandar Kota Bharu.  Khadija agak 'moody' sebab tak suka dengan tudung yang disuruh pakai.



















Keluar sahaja hotel, dalam beberapa langkah berjalan kaki terus jumpa pasar yang dibuka hujung minggu.  Oh ya, kami di Kelantan pada hari Jumaat.  Kiranya hujung minggu di negeri Kelantan adalah hari Jumaat dan Sabtu.

















Di tengah kesibukan orang meniaga dan membeli, ada juga ceramah agama.  Bagus sungguh negeri serambi Mekah ni.





















Macam-macam barang niaga kat pasar ni, kuih-muih, kek-kek, buah-buahan, kain ela, ubat-ubatan dan macam-macam lagilah.  Memang best.  Banyak juga saya membeli makanan untuk makan dalam perjalanan balik.  Antaranya kuih akok dan kek.  Kek-kek memang berbaloi beli sebab murah dari harga di Klang.










Puas berjalan dari satu gerai jualan ke gerai jualan, kami berjalan pula di belakang dan tepi bangunan yang ada lukisan mural.  Memang cantik untuk bergambar kat dinding-dinding tu.

















Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang vs Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu.


Kami di hadapan pasar Siti Khadijah.  Mulanya rasa nak masuk, tapi bila tengok dari luar ramai sangat orang, kami tak jadi masuk.





Bergambar di Dataran Al Quran, Kota Bharu.

















































Abah Hakim beli pokok durian motong untuk ditanam dalam pasu.  Harap-harap menjadilah nanti.

Kami tak berjalan sangat kat Kelantan ni.  Selesai urusan 'check out', kami pun mula bergerak balik.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...