Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 20, 2018

Panorama @ Hentian R&R Banjaran Titiwangsa

Kami sebenarnya tiada rancangan untuk ke sini.  Abah Hakim hanya merancang dari Pengkalan Hulu @ Betong kami hanya ke Tasik Banding untuk melihat keindahan kabus dan kepulan awan.  Tapi entah kenapa di pertengahan jalan selepas melalui Tasik Banding, kami putuskan untuk terus ke hentian R&R Banjaran Titiwangsa dan kemudiannya terus juga putuskan di situ untuk meneruskan perjalanan ke Negeri Kelantan dengan melalui Jalan Gerik - Jeli.  Waktu ketika itu sekitar jam 3.00 petang, dan selepas puas bergambar, solat dan berehat sekejap, kami meneruskan perjalanan yang penuh debaran melalui Jalan Gerik - Jeli ni.   

Bercerita mengenai Hentian R&R Banjaran Titiwangsa ni memang rugi kalau tidak berhenti di sini sebabnya saujana mata memandang dapat melihat keindahan alam dari sini.  Sejuk dan berkabus walaupun sudah sampai ke waktu tengahari.  

Mengenai Jalan Gerik - Jeli untuk ke Negeri Kelantan pula, saya nasihatkan eloklah menggunakan jalan ini di waktu siang.  Semasa melalui jalan ini ada 3 kenderaan terbabas di depan mata kami.  Mujur bukan kemalangan maut.  Satu kenderaan yang baru terbabas tiada bantuan (Toyota Innova) abah Hakim turun untuk membantu sebabnya pemandu kenderaan tersebut seolah-olah terkejut hanya duduk diam dalam kereta yang terperosok ke tepi tebing jalan.  Saya nasihatkan jangan cuba-cuba memotong jika tiada keyakinan kerana jarak kenderaan dari hadapan memang tidak dapat dijangka, tambahan pula keadaan jalan yang bukan taraf Lebuhraya di Lembah Klang, maka pengguna kenalah berhati-hati.  Masa kami melalui jalan tersebut juga diselang-seli dengan hujan.  Mulut saya tak henti-henti ingatkan abah Hakim supaya berhati-hati.  Syukur kami sampai ke Jeli sekitar jam 6.00 petang dan betul-betul sampai ke Kota Bharu sekitar jam 7.00 malam.


























0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...