Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, November 16, 2016

Sehari Di Perpustakaan Raja Tun Uda dan Taman Botani Shah Alam

Bulan Oktober dan November, terasa begitu sibuknya dunia kerjaya saya.  Sehinggakan terpaksa menggunakan cuti hujung minggu menyiapkan kerja di rumah.  Disebabkan inginkan keselesaan ruang kerja, saya putuskan untuk membawa anak-anak bersantai sambil menemani saya buat kerja di Perpustakaan Raja Tun Uda.  Khadija dan Fatihah pula, bila dengar je nak ke perpustakaan, masing-masing 'excited' dan tak sabar atas alasan dah lama kami tak bawa mereka ke perpustakaan.














Harraz yang masih tak faham, apa itu perpustakaan.  Tak tahu duduk diam walau seminit.













Nurin Syazwana, kawan Khadija ikut sekali.  Nurin ni boleh dikatakan kerap juga datang ke rumah kami.  Oleh kerana, Nurin pun tak banyak hal, maka tak jadi masalah untuk kami bawa dia ikut sekali.

 
Mewarna antara aktiviti yang pihak Perpustakaan slotkan untuk kanak-kanak.  Harraz pun kononnya ikut sama mewarna.














Kejap main, kejap membaca.  Itulah mereka.  Saya sebenarnya tiada bersama ketika ini, saya menyiapkan kerja di tingkat 2.  Mereka di bawah pengawasan abah Hakim yang melaporkan kepada saya secara bergambar dari masa ke semasa.























Inilah jadinya kalau abah yang jaga.  Tak ditegah apa anak nak buat. 























Akhirnya Harraz kecundang, tidur sekejap lebih kurang 30 minit sementara menunggu mama siapkan kerja.














Bangun dari tidur, kerja mama masih tak siap-siap lagi.  Khadija, Fatihah dan Nurin pun dah puas baca buku dan bermain.  Disebabkan mereka dah mula kelaparan, makanya abah Hakim bawa mereka makan dahulu di kafetaria perpustakaan tanpa mama.

Selesai kerja lebih kurang pukul 2.30 petang, terus sahaja mama ajak balik.  Tapi atas rengekan budak-budak yang masih tak puas berjalan, maka abah Hakim putuskan untuk bawa mereka ke Taman Botani, Shah Alam. 


















































Setelah puas berjalan dan sebelum balik, kami singgah isi perut yang kelaparan dengan minum petang di bawah pokok.  Memang 'enjoy' sangat kami pada hari tersebut.  Nurin pun nampaknya seronok, lain kali boleh ajak ikut serta lagi pengembaraan kami.







Sunday, November 13, 2016

Shell Out

Fenomena 'shell out' ni dah memasuki setahun tapi kami baru nak mencuba.  Itu pun disebabkan penangan viral.  Jadi untuk merasa tidak ketinggalan dan juga tak rajin nak cuba masak sendiri, kami putuskan untuk mencuba 'shell out' di kedai makan yang khusus menyediakan hanya menu ini di Kampung Raja Uda.

Berbaloi juga, dengan harga RM50.++ kami dapat set nasi untuk 4 orang, telur dadar dan air yang boleh ditambah seberapa banyak kali pun. 























Khairin yang pelik dengan cara makan 'shell out' sebab tak ada pinggan.























Kami.























Selfie-selfie.























Harraz yang teruja.














Khairin yang banyak tanya tapi akhirnya makan tak berhenti.























Khadija pun pelik, tak tahu nak mula makan macam mana.  

Alhamdulillah.  Penhujungnya semua puashati dapat merasa nikmat apa itu 'shell out'.






Monday, November 7, 2016

Pertandingan Rekacipta Bangunan Bersejarah ~ Khadija Amanina

Cerita kali ini, Khadija yang tulis.

Sempena Hari Kebangsaan, sekolah saya telah mengadakan pertandingan rekacipta bagi tahun 3 dan juga tahun 4.  Saya dan kawan-kawan adalah wakil kelas yang dipilih oleh Ustazah Huda, guru kelas saya. 


Membina sesuatu memang susah, tetapi kami mencuba.  Ustazah Huda cuba sedaya upaya untuk mendapatkan idea.























Mama pun banyak membantu juga, mama memberi banyak barang terpakai untuk menghasilkan bangunan bersejarah kami.  Terima kasih mama!



Setelah berpuas hati dengan hasil kerja kami, kami menerangkan tentang apa yang kami buat kepada juri.























Akhirnya, kami mendapat keputusan daripada juri.  Kami mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan itu.






Tuesday, October 25, 2016

Muhammad Harraz @ 2 Tahun

Selamat ulangtahun yang ke-2, Muhammad Harraz.  Alhamdulillah.  Tiada sambutan besar-besaran buat buah hati mama dan abah.  Cukuplah sekadar kek dan doa dari kami untuk Harraz.  




Kek coklat 'hantu'.  Tak sangka Harraz suka sangat dengan kek ni.














Sambutan sederhana hanya kami sekeluarga dengan kek coklat lava di McD.  Yang penting, mereka 'happy'.


Birthday boy.  Kami sayang kamu Harraz.


Perkembangan Harraz dalam usia 2 tahun ni setakat ni amat positif.  Semakin banyak perkataan yang berjaya disebutnya walaupun masih pelat.  Kadang-kadang dah boleh sebut 2 hingga 3 patah perkataan.  Harraz juga faham dengan arahan.  Alhamdulillah.  Allah kurniakan mama dan abah anak-anak yang hebat dan bijak.


Anak yang bakal menjadi penghafaz 30 juzuk Al-Quran, imam dan pemimpin dalam keluarga dan masyarakat suatu hari nanti.  Semoga kata-kata mama ini menjadi doa yang diangkat dan diterima olehNya.


Harraz, mama dan abah harap Harraz menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.






Saturday, October 22, 2016

Aktiviti Bersama Sepupu

Cuti Awal Muharram, cuti agak panjang.  Yang seronoknya, tentulah Khadija dan Fatihah sebab dapat cuti sekolah lama sikit.  Bila dah cuti tentunya dapat berjumpa sepupu jauh mereka, Aqilah dan Angah.














Mulanya mereka berdua datang tidur rumah kami. 

Nilah aktiviti mereka, tak puas main sehingga bawa ke sebelah malam.























Bila Aqilah dan Angah nak balik rumah mereka kat Hulu Langat, Khadija dan Fatihah pula sibuk nak ikut dan kami benarkan.























Gambar aktiviti mereka di rumah mak lang Leha mereka.























Keesokannya, kami menjejaki mereka di Hulu Langat.














Sesampainya kami di rumah Mak Lang Leha (adik saya), Harraz pula tak berganjak bermain dengan Irfan.














Irfan yang beza 2 tahun umurnya dengan Harraz.














Masih tak puas bermain sehinggakan Khadija pujuk nak tinggal sehari lagi.


Cuti sekolah akan datang, janji kami akan bawa mereka ke sini lagi. Insya Allah, nak mandi-mandi sungai sekali.







Thursday, October 6, 2016

Happy Birthday Mak Cik Ain

Awal bulan Oktober dimulai dengan 'birthday' Ain.  Sambutan di rumah mak usu yang walaupun serba ringkas tapi menyeronokkkan buat anak-anak kecil ini.














Mereka yang teruja bila dapat berkumpul dan main bersama.














Dunia kanak-kanak memang 'best'.  Tiada apa yang nak difikirkan, hanya tahu berseronok sahaja. 














Selamat Ulang Tahun kelahiran Ain @ mak cik Ain.  Semoga menjadi insan solehah, berjaya dunia akhirat dan ingat jasa ummi dan papa.  Semoga Ain dapat keputusan cemerlang dalam UPSR nanti.














Ain anak manja dan satu-satunya buah hati mak usu dan pak usu.














Mak usu tengok apa yang kurang kat atas meja.  Menu memang 'best'.  Ada nasi tomato, dalca, ayam masak merah, ayam KFC, mihun goreng, kek, cream puff dan buah-buahan.














Seronok betul mereka main bergumpal.














Budak 'handsome' yang baik.  Apa yang dia tahu, merengek nak minta coklat.  Benda lain dia tak kisah.














'Good boy'.  Tak lama lagi 'bithday' dia pula.






Tuesday, October 4, 2016

AEON Mall Shah Alam

Hari Sabtu, bawa anak-anak jalan ke AEON Mall Shah Alam.  Jalan-jalan sambil ber'shopping' dan makan-makan.  Alhamdulillah, semua 'happy'.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...