Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, September 8, 2016

Hotel Rainbow @ Brinchang, Cameron Highlands

Hotel Rainbow menjadi pilihan kami.  Hotel yang sama pernah kami duduk suatu ketika dulu ke sini.  Mungkin faktor lokasi hotel yang dekat dengan kedai makan dan pasar malam, tanpa berfikir panjang saya terus buat tempahan di booking.com.  Agak berbaloi kerana harga yang kami dapat di booking.com lebih rendah dari harga kalau 'walk in'.













Bagi yang mencari hotel dengan bajet yang rendah, bolehlah memilih Hotel Rainbow ini.  Hotel yang berada di tengah-tengah pekan Brinchang ini amat selesa dan berpadanan dengan harga yang ditawarkan.






Wednesday, September 7, 2016

Tanah Tinggi Cameron Lagi

Cameron Highlands lagi.  Kenapa Cameron Highlands ya?  Asyik-asyik Cameron.  Setiap kali 'on the way' samada nak ke sana atau balik, dalam hati rasa serik, cukuplah lepas ni tak nak pergi Cameron lagi.  Sebabnya saya memang tak tahan dengan rasa mabuk atau pening sepanjang perjalanan bersimpang siur naik atau turun bukit.  Tapi bila tengok gambar kawan-kawan bercuti ke sana, hati rasa terpanggil-panggil nak ke Cameron lagi.  Mungkin sebab Cameron tu sejuk, Cameron tu ada strawberry, Cameron tu ada banyak sayur-sayuran yang segar, roses yang murah dan mungkin juga sebab Cameron tu menepati destinasi percutian saya yang mana lokasi yang dipilih selain tempat untuk berehat, tempat tu juga mestilah boleh 'shopping'.  Makanya, bila abah Hakim ajak pergi Cameron terus sahaja saya setuju.  Anak-anak apatah lagi, memang teruja.  

Sebelum memulakan perjalanan, kita 'breakfast' dulu. 














Nak bagi Harraz duduk diam, terpaksa pagi-pagi bagi dia nyonyot lollipop. 














Fatihah paling teruja nak pergi Cameron.  Seminggu sebelum, tak habis-habis bertanya pasal Cameron.  Fatihah bertudung atas arahan abah Hakim, tu yang agak muncung sebab terpaksa pakai tudung barangkali.























Tosai 1!














Sementara menunggu abah solat sunat Dhuha kat hentian R&R Tapah.














Budak bijak yang tak tahu duduk diam.













Harraz tengah 'aim' nak terjun dalam air tu sebenarnya.














Anak-anak dan mama.


Like father, like son.



















Tak sabar nak teruskan perjalanan.






Kakak Khairin Fatihah Dah 7 Tahun

Alhamdulillah.  Khairin Fatihah telah memasuki usia 7 tahun pada Ogos lepas.  Sambutan birthday yang dibuat secara 'surprised' tanpa pengetahuan dia, menjadi juga akhirnya.  Sebenarnya dari pagi tarikh harijadi, Fatihah asyik tanya "tak ada apa-apa ke, harijadi adik?"  Kami sengaja buat tak tahu, sehingga dia berasa bengang dan mengungkit-ungkit.














Fatihah dan kek 'brownies'.














Menu lain, hanya KFC.














Khadija, Harraz, Fatihah dan tetamu kami, Nurin.  Nurin ni kawan sekelas Khadija.


Sambutan hanya 'simple' tapi bermakna bagi mereka.














Sedap kek 'brownies' ni.  Sekejap sahaja dah tinggal separuh.

Hadiah untuk Khairin Fatihah ada kami belikan.  Hadiah sempena birthday dan dapat nombor 3 untuk UP2.  Alhmadulillah.  Peningkatan yang mendadak.  Semoga Fatihah dapat kekalkan prestasi yang cemerlang untuk peperiksaan-peperiksaan yang seterusnya.






Gelagat Anak-Anak Syurga

Gambar gelagat anak-anak syurga mama dan abah terutamanya Muhammad Harraz yang terlalu 'excited' dapat berlari bebas di padang yang terbentang luas di Setia City Mall.






























Tuesday, August 30, 2016

Riadah Hujung Minggu @ Pusat Akuatik Shah Alam

Dengar sahaja perkataan "jom pergi berenang", terus Khadija dan Fatihah siap-siapkan baju renang.  Memang dia orang berdua tunggu-tunggu sahaja abah Hakim atau mama ajak berenang.  Harraz pun nampaknya suka sangat berendam.  Memang tak takut air, sampai kecut dan biru tangan pun masih tak nak naik dari kolam.
























Aktiviti berenang ni memang buat mereka 'enjoy'.






Wednesday, August 24, 2016

Kami @ Derma Darah

Aktiviti setiap 3 bulan sekali dalam kalendar tahunan abah Hakim iaitu menderma darah.  Alhamdulillah.  Saya berbangga punya suami seorang penderma darah yang menjadikan amalan ini sebahagian daripada tanggungjawab, kata beliau.  Walau pun saya sendiri bukan penderma darah, dengan galakan yang saya berikan, mungkin ada 'bahagian' juga buat saya dariNya.  Insya Allah.















Budak-budak ni memang 'happy' sangat bila dapat keluar.















Walaupun sekadar teman tengok abah Hakim derma darah tapi kami 'enjoy'.  Paling best setiap kali derma darah mesti dapat 'goodies'.  Kali ni dalam beg 'goodies' siap ada satu tiket wayang free yang ditaja oleh penganjur kempen derma darah iaitu pihak MBO, Harbour Place.














Anak abah.

























Habis derma darah, kami bawa anak-anak beridah di taman permainan.  Puas berbasikal, mereka main lompat-lompat pula.

















Inilah sebahagian daripada pengisian hujung minggu kami.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...