Fatihah baru je dapat uniform tadika awal bulan Februari. Perkembangan Fatihah yang dah hampir 2 bulan ke tadika masih terlalu awal untuk dinilai. Namun, saya bersyukur Fatihah tidak pernah merengek disuruh ke tadika, kalau merengek pun cuma sebab nak dihantar menaiki motosikal dengan abahnya dan bukan menaiki kereta dengan saya. Setakat ni, cuma sehari Fatihah tidak ke tadika sebab demam, batuk dan selesema yang teruk pada pertengahan bulan Januari lepas.
Senyum paksa dari Fatihah.
Bergambar dekat pagar rumah seawal jam 7.00 pagi sebelum ke tadika.
Bergambar di hadapan pintu pagar Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ).
Aktiviti TCAZ baru-baru ini, melawat ke tapak semaian dan landskap Summerville di Teluk Pulai, Klang.
Fatihah tunjuk tanda 'good'. Muka macam letih je. Saya ada juga bertanya kepada teacher yang mengajar Fatihah di Pink Class (untuk umur 4 tahun) bagaimana Fatihah dari segi pergaulan dan aktiviti di kelas. Menurut teachernya Fatihah sangatlah ok dan mendengar arahan. Agak terkejut juga saya mendengarnya kerana amat berbeza dengan karakter Fatihah di rumah.
Fatihah sedang berbaris (2 dari hadapan). Pandai pula dia, kalau jalan dengan kami, habis didera abah, sikit-sikit suruh dokong dengan alasan, "adik penatlah abah".
Doa mama untuk Fatihah........ mama harap Fatihah jadi anak solehah, rajin ke sekolah, diterangkan hati dan cemerlang dunia dan akhirat. Amin.
0 comments:
Post a Comment