Persiapan untuk majlis kenduri sebelah kami kali ni tak banyak perlu dibuat, hanya perlu memasang karpet dan langsir baru serta menyiapkan beg cenderahati/'goodies' untuk tetamu yang datang. Manakala persiapan makanan diserahkan sepenuhnya kepada pihak katerer. Majlis di sebelah kami bertemakan warna merah seperti majlis persandingan saya dan Hakim dahulu.
Beg cenderahati untuk tetamu istimewa dan sebelah pihak perempuan.
Beg untuk para tetamu yang diisi bahulu dan gula-gula.
Lambakan gula-gula sebelum dimasukkan ke dalam beg.
Yusuf, Nurdeen, Ain, Khadija dan Fatihah. Khadija sekarang ni dah cerewet bab pakaian, tak nak pakai gaun dan disebabkan itu jugalah saya buat baju kurung moden untuk dia.
Susah nak kumpulkan semua budak kecil dalam keluarga kami. Yang putih dan gebu di hadapan tu, Aqilah dan Hazirah. Yang berada di celah Fatihah tu pulak, Fariz. Cucu mak setakat ni baru 8 orang. Taklah ramai sangat.
Meja 'candy buffet' hasil idea saya dan Nor. Walaupun takde 'chocolate fountain' tapi menarik juga.
Saya dan mak usu yang membantu kami menyediakan kek coklat moist, kek butter belang, macaron dan apam polkadot.
Sudut autograf untuk pengantin ditempatkan di tepi hidangan kek dan coklat.
Hidangan yang belum 'complete' lagi.
Meja 'candy buffet' yang dah 'complete' dengan biskut coklat chip dan 'brownies' yang dibawa oleh sepupu dari Hulu Klang/Ampang.
Meja hidangan untuk tetamu. Memang best, ada nasi beriani, rendang daging, ayam masak merah, dalca, acar buah, kuih cara berlauk, kuih bahulu kemboja, agar-agar cendol, bubur pulut hitam dan buah-buahan.
Kami sangat berpuashati. Walaupun tak seberapa tapi mendapat sambutan daripada tetamu.
Khadija, Nurdeen dan Ain yang sibuk menulis ucapan untuk Pak Usu Meor.
Dua pupu yang akrab sejak dari baby lagi. Semoga keakraban ini berterusan walaupun jarak kamu berdua jauh. Jumpa pun sekali sekala sahaja. Nurdeen Sani semenjak 2 tahun lepas dah berpindah ke Cyberjaya.
Tujuan meja 'candy' ni dibuat pun adalah untuk mereka ini.
Walaupun jarak umur mereka 3 tahun dan berpangkat mak saudara, Ain cukup suka bermain dengan Khadija.
Fatihah dan Nurdeen.
Lain kali kalau ada majlis lagi, Insya' Allah saya akan pastikan ada meja 'candy' untuk meraikan tetamu cilik yang bagi saya tanpa keriuhan mereka, tak berserilah sesuatu majlis.
0 comments:
Post a Comment