Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, February 21, 2013

Bersantai Di Setia City Mall

Selesai kenduri Meor hari tu disambung dengan cuti Tahun Baru Cina.  Mengambil kesempatan daripada 'plan' tak jadi nak bawa Khadija dan Fatihah ke Port Dickson, saya mendapat idea untuk menonton wayang cerita Hantu Kak Limah 2 di lokasi pilihan Hakim iaitu di Setia City Mall, Shah Alam.  Kami menempah tiket secara 'online'.  Seronoknya kali ni kami tidak hanya berempat tetapi turut disertai Nor, Ajib, Meor, Anis dan Fariz.  Ajak anak Kak Ti (kakak sulung saya) iaitu Naim dan Sarah, kedua-duanya menolak.  Mungkin disebabkan 13 Februari mereka hendak menunaikan ibadat Umrah sekeluarga buat kali kedua, tu yang agak keberatan nak ikut kami menonton wayang.  Tak apa lain kali, mak ngah Shima 'offer' kamu berdua lagi.















Gambar dirakam oleh Khadija.















Mereka berdua yang paling sibuk bila tahu nak menonton wayang.  Punyalah kecoh, celik mata pagi lagi dah menuntut  bila nak bawa mereka menonton.















Sementara menunggu waktu tayangan jam 2.00 petang, kami jalan-jalan cuci mata.



















Fatihah yang adakalanya banyak songeh sehinggakan malas kami nak layan.



Kemesraan 2 beradik.















Khadija sekarang ni semakin tak suka bergambar.  Susah sebenarnya saya nak rakam gambar ni.  Seringkali ada sahaja helah untuk mengelak dari diambil gambar.















Dalam panggung wayang.  Masa ni sebenarnya belum 'start' lagi cerita.

Komen saya mengenai cerita Hantu Kak Limah 2 ni agak 'kureng' dari sebelumnya.  Watak kak Limah sepatutnya lebih menonjol tetapi hanya dalam 3 babak sahaja muka kak Limah keluar.  Itu pun sikit je skripnya.  Penguat cerita ni bagi saya adalah Allahyarham Zami Ismail atau Pak Abu.  Kalau dia tak ada dalam cerita ni lagilah hambar dan boring je rasanya.  Al-Fatihah buat beliau.  Itu hanya pandangan saya sebagai penonton dan kritikan yang dibuat ini pun adalah untuk kebaikan industri filem tanahair juga.















Pasangan pengantin baru.















Nor dan anaknya Fariz yang lasak tetapi agak bijak.















Selesai menonton, kami bersantai seketika di 'playground' Setia City Mall.















Seronok betul budak berdua ni bermain sehinggakan susah nak ajak beredar dari sini.















Hakim, saya, Anis dan Meor.  Kalau diamati gambar yang Khadija rakam ni agak senget sedikit.  Beruntung kamu Khadija,  mama dulu kecil-kecil tak berpeluang nak pegang kamera.

Sebenarnya menonton wayang ni bukanlah aktiviti kebiasaan kami.  Boleh dikira dalam setahun samada 1 atau 2 kali je kami menonton.  Tu pun tengok filem yang ditayangkan kerana selera @ 'taste' saya ni lain sikit.  Setiap cerita yang saya tonton ada dimasukkan di blog ini.  Dari situ mungkin pembaca boleh meneka 'taste' kami yang pada saya cukuplah jalan cerita yang ringan, berunsur komedi dan diselitkan pengajaran yang mana ianya juga sesuai juga untuk tontonan Khadija dan Fatihah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...