Percutian ke Penang ni kami rancang sebelum peperiksaan akhir tahun Khadija. Sengaja kami umpankan percutian ni sebagai hadiah kepada mereka berdua jika mereka rajin belajar, berkelakuan baik dan rajin menolong kami tanpa disuruh. Tapi yang sebetulnya memang kami berdua nak bercuti akhir tahun ni untuk merehatkan minda sambil menikmati keindahan bumi Allah ini dengan mereka berdua.
Mereka berdua yang meriuhkan suasana. Bila tahu sahaja destinasi bercuti ke Pulau Pinang, Khadijalah yang paling teruja. Habis diceritanya dengan wan, atuk dan nenek saudaranya yang dia nak bercuti ke Pulau Pinang. Ni percutian kali kedua bagi Khadija di Penang yang mana pada kali pertama kami bawa Dija ke sana adalah semasa umur Dija baru masuk setahun. Pada usia sekecil tu, memang dia tak akan ingat yang dia pernah ke Penang satu ketika dulu.
Fatihah juga tak kurang 'excited' nya. Dalam kereta, mulut dia ni tak henti bercakap kecuali bila dah lena. Kalau tak menyanyi, dia bergurau atau bergaduh dengan Dija.
Dari rumah siap bertudung, tak sampai 10 minit perjalanan, terus tudung dibuka. Rimas katanya.
Berhenti berehat sekejap membeli sedikit kudapan untuk dimakan dalam perjalanan ke sana. Sempat juga abah Hakim solat sunat Dhuha di surau R&R ni dan meregangkan otot di kerusi urut.
Mama yang pantang nampak gerai jualan. Manalah tahu ada yang berkenan boleh dibeli buat cenderahati sebagai kenangan.
Sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang. Mereka berdua yang tengah mamai sebab kena paksa bangun tidur. Mula-mula merengek, tapi disebabkan dengar dah sampai hotel, terus mata jadi segar.
Lokasi pilihan kami untuk menginap adalah di Georgetown.
Hotel Gurney menjadi pilihan kami. Tempahan dibuat sebulan lebih awal oleh kami.
Bergambar dulu di lobi hotel. Kakak Dija yang dah pandai 'posing'.
Adik yang kononnya nak buat aksi.
Kasih seorang kakak dengan adiknya yang kadang-kadang bergurau dan kadang-kadang bergaduh. Tapi mama percaya, itulah yang mengeratkan lagi hubungan kamu dua beradik.
Mama pun nak 'posing' juga.
Bilik 1504 ni memang selesa dengan pemandangan menghadap ke arah laut dan kolam renang. Tapi itulah, disebabkan bila tengok cermin je nampak kolam renang, naik rimas kami berdua bila Khadija dan Fatihah tak henti-henti merengek nak mandi kolam.
Agak luas dan selesa bagi saya untuk mereka yang berkongsi bilik dengan anak seperti kami.
Katillah tempat pertama yang mereka tuju sebaik sahaja masuk ke bilik.
Ruang bilik air yang juga luas.
Ada 'bathtub'. Punyalah suka budak berdua tu dapat berendam dalam ni. Mana taknya kalau kat rumah selalu dapat berendam dalam besen mandi 'baby' je.
Bilik 'shower' yang berasingan.
Itu baru cerita mukadimah percutian kami ke Penang selama 3 hari 2 malam bermula 28 Disember baru-baru ni. Memang 'best' bagi saya sebab dapat berehat 99% bila dapat tidur di hotel. Tak perlu fikir nak masak, kemas baju, kemas katil dan rumah. Bersyukur sangat sebab punya suami yang memang suka bercuti, jalan-jalan makan angin ni.
0 comments:
Post a Comment