Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, December 8, 2013

Klang ~ Penang ~ Klang

Masa kat Penang, kami tak jalan sangat pun.  Hari kedua di sana, hanya 2 lokasi je kami pergi.  Sebelum pergi saya telah sediakan tentatif sepanjang kami berada di sana.  Memang dah rancang tak nak banyak berjalan disebabkan faktor jalan-jalan di Penang yang agak sesak. Tambahan pula kami pernah ke sana sebelum ini.


















Permata hati kami.  Merekalah amanah terindah pemberian Allah buat kami.



Harmoninya kami dalam warna biru.


Satu-satunya lokasi yang kami memang 'plan' nak bawa mereka berdua ~ Rumah kelahiran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.  Al-Fatihah buat beliau.

















Khadija dah kenal siapa P. Ramlee sebab dia pernah layan seorang diri menonton cerita P. Ramlee. Antaranya Ahmad Albab dan Sarjan Hassan.  Fatihah jangan ditanya, memang dia tak ambil tahu lagi siapa P. Ramlee.


Lama juga kami di rumah ni.

















Bawah rumah.  Berkenan pula saya dengan batu 'inter locking' yang dipasang kat kaki lima dan bawah rumah P. Ramlee ni.

















Kami lagi.

















Lokasi seterusnya yang termasuk dalam perancangan, Jalan Penang.

















Jalan Penang ni kalau kat KL boleh disamakan macam Jalan TAR atau Jalan Chow Kit.  Tapi suasana di KL lagi meriahlah kalau nak banding dengan sini.  Ada arked/bazar jualan dan kedai-kedai yang kebanyakannya menjual barangan yang sama, t-shirt, key chain, fridge magnet dan jeruk.

















Singgah di gerai cendol sekejap bagi melepaskan dahaga. 

















Selesai dapat apa yang saya nak iaitu jeruk Pak Ali dan fridge magnet, terus kami berjalan menyelusuri kedai-kedai yang ada di Jalan Penang.  

















Disebabkan tiada barangan yang menarik hati saya untuk berbelanja, topi comel ini sahajalah yang dibelikan untuk mereka berdua.  Oh ya, t-shirt yang Khadija, Fatihah dan abah Hakim pakai ni beli di....... kalau tak silap bangunan KOMTAR pada malam sebelumnya iaitu selepas kami makan di Padang Kota.

















Nasi kandar line clear...... Mesti cuba kalau dah ada di sekitar Jalan Penang ni.

















Malam kedua, berjalan-jalan melihat suasana pasar malam Batu Ferringhi.

















Pasar malam yang tak semeriah di Klang.  Hampir 99% barangan yang dijual adalah sama.  Kalau tak hand bag, fridge magnet, kasut, t-shirt dan jam yang rata-ratanya 'Made in China'.  Keropok lekor langsung tak ada..... Tapi oklahkan, bagi pelancong yang macam kami ni, sekadar jalan-jalan cuci mata.


Balik dari pasar malam, sebelum masuk bilik...... mereka berdua teruja melihat 'Christmas tree' yang baru diletakkan di lobi hotel.

















Berjalan di Ropewalk atau lebih dikenali sebagai Lorong Kulit sebelum kami meninggalkan Penang. Punyalah susah nak cari 'parking' disebabkan masa kami sampai pun dah pukul 10.30 pagi.  Hati-hati, jangan suka-suka letakkan kereta anda di bahu jalan kerana akan disaman serta-merta oleh pihak Polis.

















Antara barangan antik yang dijual disini.  Kami tidak bertanyakan harga kerana tiada niat untuk beli.

















Kereta kami merentas Jambatan Pulau Pinang semasa pergi.  Balik pula, abah Hakim ingin merasai pengalaman kereta berada di atas feri.

















Kami yang cuma 'relax' sepanjang masa.  Kesian abah Hakim, 'drive' sorang-sorang.


Suasana perairan Pulau Pinang. 


Bergambar di luar kereta semasa kami masih di dalam feri.


Boring juga, perjalanan mengambil masa lebih atau kurang 30 minit.

















Feri yang berselisih.  Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami bercuti ke Pulau Pinang berjalan lancar. Panjang umur dan diizinkanNya kita pergi lagi ye anak-anak.......... 

Sampai je Klang, singgah dulu rumah mak.  Biasalahkan, kita anak mak.  Seperti sindiran abah Hakim, "Tak sah, kalau sehari tak tengok muka mak dia."  Apa yang mak tanya sebaik sahaja kami sampai..... "Pergi tak Bukit Bendera?"  Apa lagi jawabnya tidaklahkan?  'Respond' dia balik "Hai, rugi kalau pergi Penang tak naik Bukit Bendera".


Esoknya, melepaskan rasa nak makan nasi lemak dan sambal sotong.  Bukan beli tapi 'home made' punya. "Terbaik" kata abah Hakim.

Bunga orkid yang menghiasi meja makan kami tu saya ambil dari halaman kami.  Terpaksa potong sebab bunganya terlalu banyak dan meriah.

















Walaupun makanan di hotel beraneka macam dan rasa, tempat tidur yang empuk....... tapi mesti semua orang sependapat dalam hal ini iaitu sedap lagi makan dan tidur di rumah sendirikan?






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...