Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, December 3, 2013

Makan-Makan Di Penang

Dah sampai ke Penang, rugilah kalau tak pekena makanan yang popular di sana.  Sampai je sana sebelum 'check in', kami pekena Khaleel nasi kandar yang terletak kurang 100 meter dari Hotel Gurney.


















Sebelah malam hari pertama kami di sana, makan pasembur di 'Food Court' Padang Kota.  Kalau ke Penang, rugilah tak rasa pasembur Padang Kota, pesan mak uda sebelum kami pergi.  Sepinggan pasembur dengan diisi cucur hasil pilihan saya berjumlah RM19.00. Jadilah, nak rasa.

















Abah Hakim dengan air laici kang suam.  Selain pasembur, kami juga 'order' char kuetiau versi Penang. Rasanya char kuetiau kat pasar malam Klang lagi sedap kot.

















Dalam banyak-banyak gerai pasembur, gerai ni jadi pilihan kami.  Dah memang rezeki mamak ni kot.

















Khadija dan Fatihah yang sebenarnya takde 'mood' diajak berjalan malam tu.  Kami memang tahu, mereka berdua kalau boleh nak baring dalam bilik hotel je, sambil menonton Disney Channel.  Asyik-asyik tanya mama dan abah, "Dah pukul berapa ni?  Lambatnya balik". Mereka berdua ni pun sebenarnya 'frust' sebab tak dapat mandi kat 'swimming pool' petang tu disebabkan hujan lebat. 

















Melepak sekejap di Padang Kota dalam suasana malam yang sejuk selepas petangnya hujan lebat.

















Pagi hari kedua, bersemangat nak 'breakfast' di hotel.

















Koko krunch dan cornflakes menjadi pilihan mereka berdua.

















Khadija yang ambil sendiri koko krunch hampir penuh semangkuk. Akhirnya, tak habis makan.

















Telur separuh masak kat hotel ni memang 'best', 2 hari berturut-turut kami makan telur separuh masak kat hotel ni.  Mereka berdua seperti saya sukakan telur separuh masak.  Kami, anak dan cucu Wan Ani memang pandai makan telur separuh masak yang memang jadi makanan sarapan pagi kami sejak kecil dulu.


Abah Hakim pandai makan, semua makanan yang tersedia di 'buffet' dirasanya.

















Penat berjalan, makan tengahari pada hari kedua di nasi kandar 'line clear' yang terletak di antara bangunan kedai di Jalan Penang.  Tempat makan yang sering dipromosi di rancangan TV kalau ke Penang ni.  

















Menunggu air yang di 'order' sampai.  Entah apalah yang buat si Fatihah merajuk tu.

















Lauk yang dipilih abah Hakim.  Ayam goreng dan sayur kobis.

















Mama pula nak rasa nasi beriyani dan ayam masak kurma style orang Penang.  Kalau ditanya rasanya?  Bolehlah.....


Khadija dengan teh 'o' ais limaunya.


Sebelah malam pula, kami makan di Batu Ferringhi.  Fatihah seperti malam sebelumnya, nak balik awal sebab nak tengok kartun. Sabar jelah mama dengan kerenah kamu berdua.


















Kami pilih makan dalam 'Food Court' yang ada banyak gerai makanan. Salah satunya gerai makanan yang menjual 'Chicken Grill'.


Saya buat pilihan makanan dalam Set 1.

















Dah jemu makan nasi kandar, Khadija pilih menu sendiri malam tu iaitu nasi, sup tom yam, paprik dan telur dadar yang memang kegemaran dia kalau kami makan di mana-mana gerai.  Nampak sungguh dia berpuashati bila dapat menu kegemaran dia.


















Pagi terakhir di Penang.  Masih bersarapan di hotel.  Mereka berdua masih dengan koko krunch, saya pula pilih mee bandung.


Alhamdulillah, berbaloi membuat pilihan di Hotel Gurney ni sebab termasuk 'breakfast'.  Yang pasti budak berdua ni memang suka dapat makan kat hotel.  Kalau nasi kandar, memang hanya mama dan abah Hakim je yang boleh layan.

Komen saya tentang makanan di Penang ni adalah biasa-biasa sahaja dan walaupun tak dapat rasa nasi kandar beratur dan pasembur menari, sememangnya saya sudah cukup berpuashati.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...