Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, April 6, 2014

Bercuti Di Port Dickson

Bila mama dan abah Hakim rasa perlunya kami rehatkan minda dan badan dari kesibukan kerja, kami putuskan untuk bercuti membawa Khadija dan Fatihah ke lokasi yang bagi kami paling jimat iaitu di Port Dickson pada cuti sekolah hujung bulan Mac baru-baru ini.

















Bersemangat bila dengar nak tidur hotel dan mandi kat kolam renang.


Merekalah penyeri suasana.  Syukur Alhamdulillah.  

















Apartment 2 bilik di Batu 8, Teluk Kemang, Port Dickson.  Apartment milik Majlis Perbandaran Klang yang ditawarkan kepada 'staff' dengan kadar sewaan serendah RM25.00 untuk 2 hari 1 malam.  Itu yang saya kata percutian menjimatkan.  Tak perlu sewa hotel yang beratus ringgitkan?


Sementara nak tunggu waktu sesuai turun ke kolam renang, kami habiskan masa dengan menonton tv dan mengunyah bekalan makanan yang dibawa.

















Fatihah paling tak sabar.  Seawal jam 2.00 petang dah merengek ajak turun ke kolam renang.  Punyalah 'tension' mama.  Dahlah panas. Atas budi bicara mama dan abah, waktu yang kami rancang untuk turun selewat-lewatnya jam 5.00 petang telah diawalkan ke jam 4.00 petang.


Berjalan berpimpinan tangan.  Kakak dan adik yang sentiasa bersama..... makan, mandi, tidur.  Dapat dilihat mereka saling memerlukan antara satu sama lain.  Si kakak akan bertanyakan di mana adik jika tiada sesaat pun di depan mata.  Begitu juga dengan si adik.

















Oleh kerana terlalu awal nak berendam dalam kolam.  Kami minum petang dulu di gerai bawah pokok di tepian pantai PD.


Air kelapa muda pilihan abah.  Mama pula air barli suam. 

















Suka juga Khadija dengan air kelapa rupanya.

















Si mulut murai yang tak berhenti-henti cakap. 

















Selepas solat Asar, turun semula ke kolam renang.


Wajah yang puas sebab dapat berendam lama dalam kolam.


Walaupun mandi kat kolam renang dewasa, mata abah Hakim tak terlepas untuk memantau pergerakan anak-anak. 

















Khadija yang dapat kami lihat, berusaha berkali-kali nak apungkan badan dengan teknik hentam. Insya'Allah, cuti sekolah bulan Mei ni kami akan hantar Khadija belajar berenang dengan kawan abah Hakim.

















Abah join berendam dalam kolam budak-budak.

















Keesokan paginya.  Seawal jam 7.30 pagi kami berjalan turun ke pantai untuk merasai mandi air laut pula.

















Sayang abah!

















Main pasir.

Percutian yang memang fokus untuk berehat, mandi kolam dan air laut sambil menikmati keindahan dan kebesaran Ilahi.






2 comments:

Unknown said...

Salam. Ade no contact x apartment ni?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...