Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, April 18, 2014

Si Bijak & Si Cerdik Kami

Si bijak gelaran dari kecil abah Hakim untuk anak kami Khadija. Manakala Fatihah pula digelarnya cerdik. Mudah-mudahan panggilan itu menjadi doa buat mereka.























Memenuhi masa cuti sekolah mereka yang terluang dengan menyertai program di E-Library MPK, Jalan Tengku Kelana.



Saya tinggalkan mereka dengan aktiviti yang disediakan oleh staff E-Library.  Sekurang-kurangnya mereka tidak hanya menghabiskan masa menonton tv di rumah wan.  


Cuba menerapkan rasa tanggungjawab, kerjasama dan sukakan persekitaran yang bersih.  Amalan menyuruh anak membantu serba sedikit kerja di rumah pada saya harus dimulakan sejak kecil supaya ia sebati di dalam diri mereka.

Alhamdulillah, walaupun hanya selepas beberapa kali disuruh dan tidaklah terlalu bersih.  Tetapi sekurang-kurangnya ada pelajaran yang diperolehi daripada aktiviti ini.   


Khadija yang sememangnya ringan tulang bagi saya.  Dia ni amat disenangi oleh kawan-kawan bukan sahaja dalam kelas 1 Bestari tapi hinggakan kelas-kelas yang lain turut mengenali Khadija.  Pesanan abah Hakim yang seringkali mama dengar buat Khadija, kalau nak orang hormat kepada kita, kita kena buat baik dengan semua orang, hormat pada kawan-kawan dan guru.  Dari situ saya dapat lihat, Khadija memang berfikiran positif.  Pernah dicerita kepada kami, seminggu selepas masuk tahun 1, beliau telah dipukul di tangan oleh seorang ustaz atas alasan tidak membawa telekung.  Bagi kami kalau atas kesalahan itu, dan selagi tidak mencederakan anak kami.  Kami ambil ia sebagai teguran membina.  

Khadija juga nampak positif, bersemangat ke sekolah setiap hari. Alhamdulillah, mendapat peratusan yang cemerlang (Mumtaz), berada di tempat ke-4 di dalam kelas 1 Bestari dan nombor yang sama daripada keseluruhan 103 orang pelajar tahun 1 untuk peperiksaan prestasi baru-baru ini. 


Adik yang juga akan bersemangat nak tolong kalau kakak ada sama. Kali ni tolong kacau bancuhan tepung cekodok pisang yang diadun oleh abah Hakim.  Kedua-dua mereka memang rajin kalau abah Hakim yang masuk dapur.























Fatihah berpakaian tahfiz.  Ada peningkatan kerana sudah boleh menghafal beberapa ayat awal surah Yasin dalam sebutan yang pelat. Bacaan surah dalam solat juga dapat dihafal dengan baik.  Surah-surah pendek seperti Al-Fatihah, 3 Qul dan beberapa surah lagi juga sering dibaca Fatihah.  Alhamdulillah, semoga Fatihah diterangkan hati dan dilapangkan dada untuk mudah menghafal. 

















Aktiviti baru-baru ini di tadika, anak-anak Yellow Class dapat belajar buat roti.























Seronok dapat main tepung dan uli adunan roti.














Bila tanya Fatihah, mana satu roti yang dia buat.  Jawapan dia agak keliru, tak kenal mana satu.  Yang dia tahu roti dia yang panjang dan bulat.

Seronok dan senang hati bila melihat kedua-duanya 'enjoy' dengan sekolah.  






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...