19 April, jadual pagi mama dan abah Hakim agak sibuk. Tarikh yang sama, Khadija dan Fatihah ada program dengan tadika dan sekolah mereka.
Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Khadija yang 'excited' setelah 2 minggu berturut-turut menjalani latihan sukan di sekolah. Sepanjang 2 minggu tu juga dia seronok sebab ke sekolah berpakaian sukan dan hanya belajar untuk kelas sesi selepas 2.00 petang sahaja.
Kami hantar Khadija terlebih dahulu ke Stadium Sultan Suleiman, Klang mengikut jadual yang diberi iaitu 7.30 pagi. Tinggalkan dia di sini dan kemudian bergegas ke tadika untuk menghantar Fatihah pula.
Program sukan hanya bermula jam 10.30 pagi iaitu setelah majlis perasmian. Kesian Khadija dan kawan-kawan kena berpanas untuk bersiap sedia dengan acara mereka. Dari tinjauan dan pemerhatian saya, Khadija memang ikut nasihat kami, tidak merayau dan hanya duduk di satu tempat sehingga dipanggil oleh ustazah. Memang patuh dan berdisiplin Khadija ni.
Khadija dalam rumah biru @ AZRAQ. Bagi pelajar tahun 1, acara yang dipertandingkan adalah lari dalam guni.
Giliran Khadija. Nampak dia dan kawan-kawannya bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat pertama dalam acara kategori pelajar perempuan ni. Bagi kategori pelajar lelaki rumah biru untuk tahun 1 agak mengecewakan kerana hanya mendapat tempat keempat.
Wajah kepenatan. Masa ni kalau tak silap dah hampir pukul 11.30 pagi. Bertambah gelaplah kulit Khadija nampaknya.
Tahniah Khadija, rumah biru menjadi Johan dengan membawa pulang 'medal' emas untuk acara lari dalam guni. Bertambah lagi 'medal' yang dikumpul Khadija.
Bersama Awatif yang juga dalam rumah biru.
Acara kedua yang boleh saya katakan, acara 'bidan terjun' untuk Khadija. Masa tengah bergambar dengan Awatif, tiba-tiba ustazah panggil mereka berdua untuk cukupkan bilangan peserta untuk acara pelajar tahun 2 iaitu 'skipping'. Kesian mereka, acara ni rumah biru dapat tempat keempat. Memang nampak Khadija tak pandai main 'skipping'. Apa pun mama dan abah Hakim bangga sebab Khadija telah menunjukkan sikap yang baik memberikan kerjasama kepada ustazah dan rumah biru.
Syabas Khadija, sikap yang harus mama beri pujian sebab sepanjang latihan jelas dia bersemangat dan memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan.
0 comments:
Post a Comment