Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, March 14, 2013

Khadija Main Netball

Semenjak Khadija dan Fatihah dah sekolah ni (walaupun masih tadika), boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja program anjuran tadika mereka yang kena kami penuhi.  Memang agak memenatkan.  Tapi bagi saya ianya berbaloi.  Khadija terpilih untuk bermain netball bagi mewakili PASTI Darul Ulum di dalam Temasya Sukan PASTI kawasan Kapar, Klang.















Sebelum diteruskan latihan, ustazah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada ibubapa.  Saya dan Hakim memang berfikiran terbuka mengenai ini.  Kalau nak anak cemerlang, kena seimbang antara akademik dan ko-kurikulum.  Makanya, Khadija dibenarkan untuk turut serta.  Secara tak langsung, dapat juga dia belajar teknik main netball pada seawal usia 6 tahun.  Berbeza dengan saya dahulu, darjah 6 baru berpeluang main netball. 















Khadija berbaju coklat dan berseluar jalur merah.  Latihan dijalankan tak sampai seminggu, terus ke hari perlawanan.  Dalam tempoh tu, setiap hari balik sahaja dari tadika, Khadija terus tidur.  Letih agaknya.















Membaca doa dan membuat senaman ringan @ meregangkan otot sebelum bermain.















Temasya sukan tersebut diadakan pada hari Ahad, 10 Mac 2013 bertempat di padang awam Jalan Kopi, Kampung Bukit Kapar, Klang.  















Walaupun kami juga ke lokasi tersebut, sengaja kami biarkan Khadija menaiki bas dengan rakan-rakan.  Khadija ni agak popular di kalangan kawan-kawan di PASTI, sana sini menjerit nama Dija ajak dia duduk sama. 















Seronok betul Dija dapat naik  bas dengan kawan-kawan dari team netball dan team bola sepak.















Peserta @ kontigen daripada PASTI Darul Ulum II.















Khadija nombor 3 dalam barisan.















Perarakan kontigen bagi perbarisan di hadapan khemah VVIP.















Semangat betul Khadija dan kawan-kawan.  Maklumlah masih awal pagi.  Cuaca belum terik lagi.



Lautan pelajar-pelajar PASTI kawasan Kapar.  Saya difahamkan terdapat hampir 2,000 orang pelajar PASTI untuk kawasan ini sahaja.















Duduk dalam khemah sementara menunggu perlawanan dimulakan.















Fatihah yang menyibuk.  Kawan Dija yang duduk sebelah Fatihah tu pun namanya 'Fatihah' juga.















Player bola sepak sedang membuat senaman ringan sebelum memulakan perlawanan.  Teruja saya lihat perlawanan mereka ini.  Memang hebat.  Comel beraksi di padang.















Hakim yang sabar melayan kerenah anak.  Fatihah mula buat perangai bila cuaca dah panas terik.















Comelkan?















Tiba masa yang dinantikan.  Khadija beraksi dengan kawan-kawan.  Khadija jadi 'Centre'.















Senaman ringan dulu.















Masa ni saya pula yang berdebar-debar.















Team netball Dija ni memang cool dan relax je.  Buat derk dengan bola.  Bila dapat bola berebut sesama sendiri.  Sabar je saya tengok.















Sedang beraksi.  Kalah pada perlawanan pertama.















Perlawanan kedua, ustazah tukar posisi Dija jadi WD pula.















Kali ni pun kalah juga.

Kami balik sebelum selesai keputusan diperolehi disebabkan cuaca yang agak panas terik.  Tambahan pula dah hampir jam 1.00 tengahari.  Yang nyata team netball yang mewakili PASTI Darul Ulum II tak dapat tempat pada perlawanan tersebut.  Team bola sepak saya rasa kalau tak jadi Juara mungkin Naib Juara.  

Kalah atau menang bukan ukuran.  Khadija terpilih dan dapat bermain dalam sukan netball pada usia seawal ini pun dah dikira satu pencapaian yang patut dibanggakan bagi kami.






Tuesday, March 12, 2013

Aktiviti Lasak

Gambar-gambar yang saya rakam bila mana Khadija dan Fatihah diberikan 'green light' untuk bermain di luar.  Dia orang berdua ni memang suka kalau dapat lepas bermain di luar.















Ketika menyibuk mengacau abah dengan projek menyimennya kira-kira 2 bulan lepas.















Dija dengan cangkulnya.  Fatihah pula dengan tangan menguis-nguis pasir.















Aktiviti berbasikal ni pula pada hari yang lain.  Khadija yang masih mengayuh basikal dengan roda 3.  Penakut dia ni, masih tak pandai nak imbangkan badan.















Hakim seorang abah yang punya tahap kesabaran yang tinggi.  Sangat menjiwai anak-anak.  Walaupun cuma 5 minit je dapat berbasikal sehingga ke jalan hadapan, Khadija saya lihat sangat berpuas hati.  Kelebihan Hakim yang saya lihat, cuba memenuhi permintaan anak sedaya-upaya walaupun dia keletihan.  Di situ memang saya bagi Hakim markah 99.99%.  Lagi 0.01% saya nilaikan kekurangannya bila mana permintaan anak tak akan dihiraukan kalau dia dah lena tidur.

 


Fatihah menunggu kakak di pintu pagar.  Sambil pegang botol susu kakak.















"Nah kakak, susu kakak".















Khadija yang masih minum dalam botol susu pada umur 6 tahun.  Ni tahun akhir mama bagi kamu can minum dalam botol susu.  Tahun depan, 'no more' botol susu ok.  Bukan kami tidak pernah ajar dia minum susu dalam cawan,  tapi 'result'nya susu tak diminum langsung.  Khadija dan Fatihah sebenarnya masih minum susu Anmum dalam usia ini.  Paling kurang 5 pek susu Anmum untuk mereka tiap-tiap bulan kami peruntukkan.  Ianya untuk pastikan mereka mendapat kebaikan daripada nutrien yang terkandung dalam susu.  Buktinya mereka jarang sekali demam, batuk atau selesema.















Pandai pula malu.  Botol susu hanya bila di rumah kami dan rumah wan sahaja.















Fatihah yang panjang akal.  Pandai nak membuli abah, minta tolong tolakkan basikal.















Bila permintaan dia tak kami hiraukan.  Mulalah merengek dan terjerit-jerit.  Sabar jelah.















Sekali-sekala dapat main di luar.  Biasanya duduk memerap depan televisyen, tak  habis-habis menonton Upin Ipin.  Bagus untuk mereka juga sebenarnya aktiviti di luar ni sebab bila badan dah cergas otak pun secara tak langsung menjadi lebih cerdas.






Wednesday, March 6, 2013

Lawatan Fatihah & Kawan2 TCAZ Ke KidZania

28 Februari, Fatihah menyertai rombongan dengan kawan-kawan Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ) ke KidZania KL dengan menaiki bas.  Kali pertama, Fatihah mengikuti rombongan tanpa pengawasan daripada kami.  Syukur Alhamdulillah, Fatihah dilaporkan ok sahaja sepanjang lawatan tersebut.  Terima kasih kepada Izzah Mohammed yang membantu menjaga Fatihah pada sepanjang lawatan tersebut.  Beliau ini merupakan salah seorang ibu kepada pelajar TCAZ yang turut serta dalam lawatan tersebut yang juga bertugas sebagai sukarelawan membantu teacher TCAZ mengawasi para pelajar.  Nak bercerita lebih saya tidak ikut serta.  Malahan ke KidZania juga kami belum berpeluang lagi.  Jadi, 'entry' ini hanyalah hasil daripada gambar-gambar Fatihah yang saya perolehi daripada facebook teacher TCAZ dan Izzah Mohammed.















Bergambar dalam bas.  Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa 'group' dan inilah 'group' Fatihah.  Perkembangan sepanjang lawatan di sana di 'update' oleh teacher TCAZ dari semasa ke semasa dalam facebook.  Sebab tulah kurang sikit risau dihati bila tahu Fatihah ok-ok sahaja.



















'Face painting'.  Wah bukan main lagi anak mama ni.



















Bila tengok gambar ni, saya dapat rasakan yang Fatihah ni pandai bawa diri bila kami tiada.  Pandai juga dia ni berkawan rupanya.



















'Peace'.















Fatihah yang paling cinonet antara mereka.  Saya diberitahu 'group' Fatihah ni dia seorang sahaja berumur 4 tahun.  Yang lain tu 5 dan 6 tahun.













Fatihah yang 'cute'.



Gambar dengan kawan-kawan lagi.  Kertas yang dia orang pegang ni adalah hasil daripada aktiviti melukis.















Tengoklah si Fatihah.  Selamba je.

Bila saya tengok gambar-gambar Fatihah ni, lega saya rasa.  Lepas ni bolehlah kami benarkan lagi Fatihah ikut serta mana-mana program anjuran TCAZ.  Bukan untuk tujuan melepaskan tanggungjawab kami, tetapi ianya adalah untuk kebaikan dan perkembangan Fatihah juga.  Saya akui anak kecil saya yang adakalanya saya panggil 'baby' ni dah semakin besar rupanya dan ketahuilah.......... mama sayang kamu Fatihah! 






Thursday, February 21, 2013

Bersantai Di Setia City Mall

Selesai kenduri Meor hari tu disambung dengan cuti Tahun Baru Cina.  Mengambil kesempatan daripada 'plan' tak jadi nak bawa Khadija dan Fatihah ke Port Dickson, saya mendapat idea untuk menonton wayang cerita Hantu Kak Limah 2 di lokasi pilihan Hakim iaitu di Setia City Mall, Shah Alam.  Kami menempah tiket secara 'online'.  Seronoknya kali ni kami tidak hanya berempat tetapi turut disertai Nor, Ajib, Meor, Anis dan Fariz.  Ajak anak Kak Ti (kakak sulung saya) iaitu Naim dan Sarah, kedua-duanya menolak.  Mungkin disebabkan 13 Februari mereka hendak menunaikan ibadat Umrah sekeluarga buat kali kedua, tu yang agak keberatan nak ikut kami menonton wayang.  Tak apa lain kali, mak ngah Shima 'offer' kamu berdua lagi.















Gambar dirakam oleh Khadija.















Mereka berdua yang paling sibuk bila tahu nak menonton wayang.  Punyalah kecoh, celik mata pagi lagi dah menuntut  bila nak bawa mereka menonton.















Sementara menunggu waktu tayangan jam 2.00 petang, kami jalan-jalan cuci mata.



















Fatihah yang adakalanya banyak songeh sehinggakan malas kami nak layan.



Kemesraan 2 beradik.















Khadija sekarang ni semakin tak suka bergambar.  Susah sebenarnya saya nak rakam gambar ni.  Seringkali ada sahaja helah untuk mengelak dari diambil gambar.















Dalam panggung wayang.  Masa ni sebenarnya belum 'start' lagi cerita.

Komen saya mengenai cerita Hantu Kak Limah 2 ni agak 'kureng' dari sebelumnya.  Watak kak Limah sepatutnya lebih menonjol tetapi hanya dalam 3 babak sahaja muka kak Limah keluar.  Itu pun sikit je skripnya.  Penguat cerita ni bagi saya adalah Allahyarham Zami Ismail atau Pak Abu.  Kalau dia tak ada dalam cerita ni lagilah hambar dan boring je rasanya.  Al-Fatihah buat beliau.  Itu hanya pandangan saya sebagai penonton dan kritikan yang dibuat ini pun adalah untuk kebaikan industri filem tanahair juga.















Pasangan pengantin baru.















Nor dan anaknya Fariz yang lasak tetapi agak bijak.















Selesai menonton, kami bersantai seketika di 'playground' Setia City Mall.















Seronok betul budak berdua ni bermain sehinggakan susah nak ajak beredar dari sini.















Hakim, saya, Anis dan Meor.  Kalau diamati gambar yang Khadija rakam ni agak senget sedikit.  Beruntung kamu Khadija,  mama dulu kecil-kecil tak berpeluang nak pegang kamera.

Sebenarnya menonton wayang ni bukanlah aktiviti kebiasaan kami.  Boleh dikira dalam setahun samada 1 atau 2 kali je kami menonton.  Tu pun tengok filem yang ditayangkan kerana selera @ 'taste' saya ni lain sikit.  Setiap cerita yang saya tonton ada dimasukkan di blog ini.  Dari situ mungkin pembaca boleh meneka 'taste' kami yang pada saya cukuplah jalan cerita yang ringan, berunsur komedi dan diselitkan pengajaran yang mana ianya juga sesuai juga untuk tontonan Khadija dan Fatihah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...