28 Februari, Fatihah menyertai rombongan dengan kawan-kawan Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ) ke KidZania KL dengan menaiki bas. Kali pertama, Fatihah mengikuti rombongan tanpa pengawasan daripada kami. Syukur Alhamdulillah, Fatihah dilaporkan ok sahaja sepanjang lawatan tersebut. Terima kasih kepada Izzah Mohammed yang membantu menjaga Fatihah pada sepanjang lawatan tersebut. Beliau ini merupakan salah seorang ibu kepada pelajar TCAZ yang turut serta dalam lawatan tersebut yang juga bertugas sebagai sukarelawan membantu teacher TCAZ mengawasi para pelajar. Nak bercerita lebih saya tidak ikut serta. Malahan ke KidZania juga kami belum berpeluang lagi. Jadi, 'entry' ini hanyalah hasil daripada gambar-gambar Fatihah yang saya perolehi daripada facebook teacher TCAZ dan Izzah Mohammed.
Bergambar dalam bas. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa 'group' dan inilah 'group' Fatihah. Perkembangan sepanjang lawatan di sana di 'update' oleh teacher TCAZ dari semasa ke semasa dalam facebook. Sebab tulah kurang sikit risau dihati bila tahu Fatihah ok-ok sahaja.
'Face painting'. Wah bukan main lagi anak mama ni.
Bila tengok gambar ni, saya dapat rasakan yang Fatihah ni pandai bawa diri bila kami tiada. Pandai juga dia ni berkawan rupanya.
'Peace'.
Fatihah yang paling cinonet antara mereka. Saya diberitahu 'group' Fatihah ni dia seorang sahaja berumur 4 tahun. Yang lain tu 5 dan 6 tahun.
Fatihah yang 'cute'.
Gambar dengan kawan-kawan lagi. Kertas yang dia orang pegang ni adalah hasil daripada aktiviti melukis.
Tengoklah si Fatihah. Selamba je.
Bila saya tengok gambar-gambar Fatihah ni, lega saya rasa. Lepas ni bolehlah kami benarkan lagi Fatihah ikut serta mana-mana program anjuran TCAZ. Bukan untuk tujuan melepaskan tanggungjawab kami, tetapi ianya adalah untuk kebaikan dan perkembangan Fatihah juga. Saya akui anak kecil saya yang adakalanya saya panggil 'baby' ni dah semakin besar rupanya dan ketahuilah.......... mama sayang kamu Fatihah!
1 comments:
thanks shina sudi ke blog akak..slam kenal juga ye.. akak follow shima ye...
Post a Comment