Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, March 14, 2013

Khadija Main Netball

Semenjak Khadija dan Fatihah dah sekolah ni (walaupun masih tadika), boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja program anjuran tadika mereka yang kena kami penuhi.  Memang agak memenatkan.  Tapi bagi saya ianya berbaloi.  Khadija terpilih untuk bermain netball bagi mewakili PASTI Darul Ulum di dalam Temasya Sukan PASTI kawasan Kapar, Klang.















Sebelum diteruskan latihan, ustazah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada ibubapa.  Saya dan Hakim memang berfikiran terbuka mengenai ini.  Kalau nak anak cemerlang, kena seimbang antara akademik dan ko-kurikulum.  Makanya, Khadija dibenarkan untuk turut serta.  Secara tak langsung, dapat juga dia belajar teknik main netball pada seawal usia 6 tahun.  Berbeza dengan saya dahulu, darjah 6 baru berpeluang main netball. 















Khadija berbaju coklat dan berseluar jalur merah.  Latihan dijalankan tak sampai seminggu, terus ke hari perlawanan.  Dalam tempoh tu, setiap hari balik sahaja dari tadika, Khadija terus tidur.  Letih agaknya.















Membaca doa dan membuat senaman ringan @ meregangkan otot sebelum bermain.















Temasya sukan tersebut diadakan pada hari Ahad, 10 Mac 2013 bertempat di padang awam Jalan Kopi, Kampung Bukit Kapar, Klang.  















Walaupun kami juga ke lokasi tersebut, sengaja kami biarkan Khadija menaiki bas dengan rakan-rakan.  Khadija ni agak popular di kalangan kawan-kawan di PASTI, sana sini menjerit nama Dija ajak dia duduk sama. 















Seronok betul Dija dapat naik  bas dengan kawan-kawan dari team netball dan team bola sepak.















Peserta @ kontigen daripada PASTI Darul Ulum II.















Khadija nombor 3 dalam barisan.















Perarakan kontigen bagi perbarisan di hadapan khemah VVIP.















Semangat betul Khadija dan kawan-kawan.  Maklumlah masih awal pagi.  Cuaca belum terik lagi.



Lautan pelajar-pelajar PASTI kawasan Kapar.  Saya difahamkan terdapat hampir 2,000 orang pelajar PASTI untuk kawasan ini sahaja.















Duduk dalam khemah sementara menunggu perlawanan dimulakan.















Fatihah yang menyibuk.  Kawan Dija yang duduk sebelah Fatihah tu pun namanya 'Fatihah' juga.















Player bola sepak sedang membuat senaman ringan sebelum memulakan perlawanan.  Teruja saya lihat perlawanan mereka ini.  Memang hebat.  Comel beraksi di padang.















Hakim yang sabar melayan kerenah anak.  Fatihah mula buat perangai bila cuaca dah panas terik.















Comelkan?















Tiba masa yang dinantikan.  Khadija beraksi dengan kawan-kawan.  Khadija jadi 'Centre'.















Senaman ringan dulu.















Masa ni saya pula yang berdebar-debar.















Team netball Dija ni memang cool dan relax je.  Buat derk dengan bola.  Bila dapat bola berebut sesama sendiri.  Sabar je saya tengok.















Sedang beraksi.  Kalah pada perlawanan pertama.















Perlawanan kedua, ustazah tukar posisi Dija jadi WD pula.















Kali ni pun kalah juga.

Kami balik sebelum selesai keputusan diperolehi disebabkan cuaca yang agak panas terik.  Tambahan pula dah hampir jam 1.00 tengahari.  Yang nyata team netball yang mewakili PASTI Darul Ulum II tak dapat tempat pada perlawanan tersebut.  Team bola sepak saya rasa kalau tak jadi Juara mungkin Naib Juara.  

Kalah atau menang bukan ukuran.  Khadija terpilih dan dapat bermain dalam sukan netball pada usia seawal ini pun dah dikira satu pencapaian yang patut dibanggakan bagi kami.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...