Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Sunday, April 24, 2016

I Am A Secretary

Alhamdulillah.  Tahun 2016 dapat kembali menghadiri program sempena Minggu Setiausaha.  Terima kasih bos, tanpa kelulusan bos tak dapatlah saya turut serta program kali ni.  Oleh kerana diberi pilihan, saya dan teman sekerja memilih seminar anjuran Utusan Publications & Distributors kerana berdasarkan pengalaman yang lepas, kami berpuashati dengan program  yang dianjurkan oleh pihak Utusan.

Bercerita mengenai kerjaya sebagai seorang Setiausaha @ di dalam nama dan gred sebagai seorang penjawat awam adalah Setiausaha Pejabat.  Alhamdulillah, dengan gred N28 setakat ini.  Setiausaha tidak langsung menjadi cita-cita saya semasa di alam persekolahan. Mengikuti kursus setiausaha selepas mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM juga bukanlah di atas kehendak sendiri. Lebih kepada mendengar kata-kata kakak dan mak saudara yang pada ketika itu juga seorang PA @ setiausaha di Kementerian. Malah bila mendengar kata-kata, kursus inilah yang paling senang dan 'guarantee' tamat pengajian akan dapat kerja, terus buang perasaan 'tak minat' kepada 'minat' dan Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya bersyukur dengan kerjaya ini.  

Sehingga ke hari ini, saya boleh berbangga dengan kepakaran yang saya ada di dalam kerjaya ini. Kepakaran saya boleh menulis trengkas @ shorthand, menaip dengan kepantasan 120 patah perkataan seminit dengan kesalahan kurang 0.01% dan mengambil minit mesyuarat. Kepakaran mengambil minit mesyuarat ini perlu sinonim dengan saya kerana saya bukanlah seorang Setiausaha yang menjaga hal ehwal bos tetapi saya adalah seorang Setiausaha yang mengendali dan mengambil catatan di dalam mesyuarat di Majlis.  Cumanya tugasan ini memerlukan pengorbanan dari segi masa sekiranya mesyuarat diadakan di luar waktu pejabat.  Apa pun, saya 'enjoy' dan mencintai kerjaya ini.


Bertempat di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Pada pemerhatian saya, tahun ini agak kurang dari segi tajaan dan penyertaan peserta tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.













Program dihoskan oleh Dee memang tak rasa bosan sampai ke penghujungnya.  Slot bersama Ustaz Ridhuan Tee Abdullah agak 'hidup' dengan jenaka Ustaz.


Tak sangka dapat bertemu PA Timbalan Setiausaha MBSA, Kak Sumaryati.  



Slot bersama doktor pakar sakit puan.














Kami.






Saya nampak tembam pulak!


3 kali slot makan diberikan.  Alhamdulillah.





Yang ditunggu-tunggu.  Jam 2.00 petang, Nurul Wahab Deep pun muncul dengan persembahannya.



Sunguh mantap suara dan persembahan Nurul.


Seterusnya persembahan oleh Jay Jay.  Suara beliau masih mantap dan sama walaupun telah berumur 59 tahun.  Dan paling tak sangka, Jay Jay ni pandai berjenaka dan berkomunikasi dengan penonton rupanya. 


Terus jatuh cinta dengan suara dan lagu-lagu Jay Jay yang sebelum ni saya tak berapa nak layan.



Pujian kepada mereka berdua di atas persembahan yang berjaya menambat hati saya.



Sesi beramah mesra dan soalan daripada penonton.


Bergambar beramai-ramai setelah selesai persembahan oleh Nurul dan Jay Jay.













Slot akhir program seminar yang bermula jam 4.30 petang oleh Penganalis Jenayah dan selebriti, Kamal Effendi.  Gimik beliau menyanyikan lagu Peranchis semasa masuk ke dewan seminar telah memukau kami.  Rupa-rupanya ianya hanyalah 'miming'.


Slot oleh Kamal Effendi juga tak bosan, banyak tips menghadapi situasi jenayah diberikan.  Cumanya, masa agak terhad kerana program menjangkau melebihi masa di dalam aturcara.  Bila tengok jam dah melebihi 5.00 petang, mulalah resah bila memikirkan keadaan jalan yang sesak untuk balik nanti.

Alhamdulillah.  Berseminar sambil berhibur.  Apa lagi yang hendak saya rungutkan.  Syukur dengan kerja ini. Punya rakan-rakan sekerja, bos yang 'sporting' dan boleh bertolak ansur bagi saya juga merupakan rezeki yang perlu saya syukuri.  Walaupun saya tidak punya kerja yang sehebat kalian, saya berbangga dengan kerjaya saya ini.






Tuesday, April 5, 2016

Superhero...... Abah Hakim vs Boboiboy

Memenuhi permintaan mereka hujung cuti sekolah baru-baru ni, nak tengok wayang cerita Boboiboy.  Cerita animasi tempatan yang paling saya tak berminat sebenarnya.  Tapi diturutkan juga untuk menggembirakan mereka.














Ain ikut sama.  Kami sampai di AEON Bukit Tinggi lebih kurang pukul 12.30 tengahari.  Terus ke kaunter tiket untuk melihat waktu tayangan terdekat.  Mujur ada tayangan pukul 1.50 tengahari yang masih kosong.  Setelah membuat perbandingan dengan tayangan pukul 3.00 petang yang juga hanya kosong di kerusi bahagian depan, maka tanpa berfikir panjang, kami putuskan untuk ambil sahaja tayangan jam 1.50 tengahari sebab dah tak ada pilihan.  Walaupun terpaksa mendongak menonton nanti.  























Imam kami.  'Like father, like son'.














Harraz kami letakkan dalam 'stroller' dan bawa masuk sekali ke dalam panggung wayang sebab kebetulan dapat kerusi di bahagian paling bawah.  Setengah jam pertama, Harraz duduk diam sahaja di dalam 'stroller'.  Mungkin teruja atau takut dengan suasana gelap di dalam panggung wayang yang merupakan pengalaman pertama buat dia.























Mendongak tengok cerita.  Entah apa yang  'best' dengan cerita ni pun saya tak tahu.  Penuh kerusi panggung wayang.

Tapi bila ditanya kat budak-budak ni, semua kata 'best' dan tak puas menonton.  Mama pula lagi setengah jam nak habis cerita, terpaksa keluar sebab Harraz mula rimas dan tak tahu duduk diam.  Dipanjatnya tangga panggung, ditolaknya 'stroller' dan macam-macam lagi kerenah dia.  Tak nak timbulkan rasa tak selesa dengan penonton lain, mama putuskan lebih baik mama dan Harraz menunggu di luar, berjalan 'window shopping'.















Tak sia-sia juga kami ke AEON Mall ni, selain menonton wayang, dapat juga abah Hakim menderma.  Walaupun hanya titisan darah bukan wang ringgit tapi mama cukup berbangga dan puji sikap abah Hakim yang tak kedekut.  Setiap 3 bulan sekali, Insha Allah..... abah Hakim menderma darah.  Alhamdulillah.  Dapat membantu nyawa insan-insan yang memerlukan.

Abah Hakimlah super hero kami..... bukan Boboiboy.






Monday, April 4, 2016

Makanan Sihat ~ Salad Sayur Mudah

Sekali-sekala menjamu selera dengan menu makanan sihat yang hanya berasaskan sayuran yang mudah penyediaannya, mengambil masa sekejap, tak perlu dimasak, menyelerakan dan tak jemu untuk mengulang makan.



Sayuran terpulang kepada kesukaan masing-masing tapi mestilah sayur yang tak perlu dimasak.  Saya pilih daun salad, lobak merah, capsicum, tomato cherry, bawang holland sebabnya bahan-bahan ni memang dah ada dalam stok simpanan.














Cara penyediaannya cukup mudah.  Hiris sayuran mengikut kreativiti, kemudian gaul bersama 1 sudu minyak zaitun, sedikit lada hitam, air perahan lemon dan garam secukup rasa.  Simpan sekejap di dalam peti sejuk bagi mendapatkan rasa yang 'umphhhh' seperti salad yang dihidangkan di hotel-hotel.














Menu permintaan abah Hakim yang sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat.






Monday, March 28, 2016

Jalan-Jalan AEON Mall Shah Alam

Cuti sekolah seminggu, sempat bawa mereka berdua ke AEON Mall Shah Alam.  Berjaya pujuk abah Hakim bawa kami ke sana dengan alasan nak ke cawangan Perpustakaan Awam yang terdapat di dalam bangunan pusat membeli-belah ini.





























Memang akan ulang lagi sebab tak puas.  Ulang lagi atas alasan nak ke perpustakaan sebab nak pulangkan buku yang abah Hakim, Khadija dan Fatihah pinjam tempohari.






School Holiday ~ Port Dickson Again

Again and again...... ke Port Dickson lagi.  3 hari 2 malam di PD.  Hari pertama dan kedua bersendiri bertemankan rakan sekerja kerana tuntutan tugas yang mengkehendaki saya ke sana.  Alhamdulillah, kerja berjalan lancar dalam cuaca panas yang mengatasi kesejukan 'aircond' hotel.

Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson lokasi pilihan pihak pengurusan MPK untuk program "Retreat YDP Bersama Ahli Majlis Dan Ketua Jabatan".
















Gambar ihsan dari jurukamera MPK.  Saya sememangnya jenis pemalu untuk ber'selfie' walaupun boleh je kalau nak.














Deretan bot persendirian yang diletakkan di tepian hotel ini menjadi penarik kepada hotel ini.

2 hari 1 malam berada di hotel ini bersama rakan sekerja, selesai urusan kerja dan 'check out' setelah makan tengahari di hotel, abah Hakim, anak-anak beserta mak, bapak mertua dan kakak ipar mengambil saya untuk meneruskan percutian di PD sehari lagi.














Semalaman ditinggalkan mereka di bawah jagaan abah Hakim nampaknya tidak menjadi masalah terutamanya si budak kecil busuk masam, Muhammad Harraz.  Boleh tidur lena dengan hanya susu botol.  Alhamdulillah.














Kami memilih apartment di Primaland Resort & Convention Centre.  Dulunya apartment ini dikenali dengan Tiara Beach Resort.













Apartment yang berkonsepkan taman tema air yang agak luas.  Puas mandi-manda di sini.



Muhammad Harraz yang agak ligat tak tahu duduk diam walau sesaat.  Tunjuk perangai mungkin depan nenek dan atuk.



Abah Hakim yang sabar melayan anak-anak dari petang hingga bawa ke pagi esoknya.  Layan sahajalah.  Percutian ini memang khusus untuk gembirakan mereka.














Mama dan abah pun tak lepas peluang naik turun gelongsor ni.















Kami yang 'happy'.














Di bahagian kolam yang lebih besar.  Bahagian ni direkabentuk seakan-akan laut.  Bahagian tepi seperti di pesisir pantai, manakala bahagian tengahnya agak dalam.













Puas betul budak-budak ni dapat mandi dari satu kolam ke satu kolam.  Oh ya, sedikit info mengenai taman tema ini iaitu bayaran masuk dikenakan untuk mandi-manda di sini.  Bayaran tu kena semak dengan pihak pengurusan sebab ada yang disekalikan dengan pakej harga bilik dan boleh juga dibeli berasingan.  Kami beli berasingan dengan seorang pak cik yang jual di bawah apartment.














Kak Nani yang 'join' kami turun ke kolam tapi tak nak berendam.
























Mereka berdua yang tak puas-puas berendam.  Dua kali dapat turun ke kolam.  Sebelah petang dan kemudian pagi sebelum 'check out' tapi masih juga tak puas.














Sebelum bertolak balik, setelah makan tengahari di Teluk Kemang.  Singgah sebentar di pantai Teluk Kemang untuk cuci mata.  Dapatlah kami memenuhi permintaan anak-anak.


Khadija nak naik kuda padi.  Fatihah disuruh naik, mengelak sebab takut kata dia.













Pilihan Fatihah, nak naik motor mainan je.














Janji kamu 'happy'.














'Handsome boy' pula pilih nak naik kereta yang abah Hakim kawal pergerakannya. 














Si busuk masam yang tak tahu duduk diam.














Mujur kakak bantu mengawal pergerakan adik-adik.


Panas terik tengahari tak menghalang aktiviti ini.  Alhamdulillah.  Dapat gembirakan anak-anak.






Thursday, March 10, 2016

Tempatan vs Barat

Mencuba aiskrim Malaysia yang 'viral' dalam tempoh beberapa hari di dalam facebook group 'Masak Apa Hari Ini', aiskrim sumi.  Gigih membuat bersama-sama Khadija dengan dibantu abah Hakim untuk mengikat aiskrim pada awalnya.  Bila Harraz mula mengganggu, tinggallah mama sorang-sorang habiskan membuat aiskrim.























Bercerita pasal aiskrim Malaysia ni, dari kecil mak memang suka buat aiskrim Malaysia untuk saja-saja makan.  Paling 'favourite' aiskrim perasa kacang merah + sirap.














Sekali-sekala mengubah selera daripada mee bertukar kepada spaghetti.  Bahan dan kaedah penyediaan sama seperti mee goreng.  Kelainan yang akhirnya boleh diterima oleh abah Hakim, Khadija dan Fatihah.






Monday, March 7, 2016

Kami Di Majlis Ilmu @ Masjid Bandar DiRaja Klang














Agak lama juga saya tak dapat turut serta dalam majlis ilmu yang diadakan samada di surau atau masjid.  Bukan tak 'terpanggil' untuk ke majlis tersebut tetapi bimbang Muhammad Harraz akan menggangu jemaah lain.  Tapi pada 20 Februari 2016, saya tekadkan juga nak ikut abah Hakim ke program ceramah agama Ustaz Harun Din.  Rugi rasanya kalau dilepaskan peluang untuk menambah ilmu dan pahala.














Kami sampai tepat azan Maghrib sedang berkumandang di ruang udara pusat bandar Klang.  Kelihatan ramai jemaah di ruang solat lelaki dan wanita.  Saya mengambil tempat di ruangan luar masjid yang terdapat paparan skrin rakaman ceramah yang sedang berlangsung disebabkan ruangan wanita di dalam masjid telah dipenuhi jemaah.  Dalam masa yang sama, bagi memudahkan saya memantau pergerakan anak-anak syurga saya.














Pujian diberikan kepada masjid ini kerana menyediakan ruang untuk anak-anak kecil bermain.  Taman permainan di dalam bangunan yang dipasang rumput sintetik @ palsu. 














Ibu bapa boleh membiarkan anak bermain tanpa bimbang kerana ruang ini berada di dalam bangunan.  Muhammad Harraz agak teruja dengan suasana malam sebab kami memang tak pernah keluar atau berjalan pada sebelah malam.  


Bukan main seronok mereka bertiga bermain.  Masjid yang mesra pengguna seperti ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada jemaah tetapi pada saya turut menjadi penggalak kepada anak-anak untuk 'cintakan' masjid dari kecil lagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...