Ganjaran/hadiah/insentif berupa basikal kepada Khadija oleh abah disebabkan Dija dapat habiskan puasa selama 28 hari setengah (Dija hanya puasa 1/2 hari pada hari pertama puasa). Syukur Alhamdulillah dan tahniah buat Khadija kerana dapat menahan dari makan dan minum dalam tempoh yang agak panjang pada usia 5 tahun. Mama dulu pun, umur 7 tahun baru habis puasa sebulan.
Taraaa, ni lah basikal baru Dija. Cuma yang tak boleh tahan tu, basikal Dija masih beroda 4. Takut jatuh katanya kalau takde roda kat belakang.
Basikal lama Khadija yang dibeli semasa di usia 2 tahun, sekarang diberikan kepada adik Fatihah.
Pandai 2 beradik ni menyusun basikal mereka selepas bermain.
0 comments:
Post a Comment