Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Kami 1433H

Cepat betul masa berjalan, dah 12 hari rupanya umat Islam berpuasa.  Syukur Alhamdulillah.  Insya'Allah Ramadhan saya kali ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya kerana saya bertekad untuk tidak meninggalkan walau satu waktu solat pun dan membaca Al-Quran pada setiap waktu kelapangan.  Mungkin banyak didorong oleh Hakim dan tambahan pula Khadija dan Fatihah semakin besar dan tak mengganggu ibadat kami.  Apa yang menyeronokkan kami pada tahun ni, Khadija dah mula berpuasa penuh.  Sehingga 12 Ramadhan, hanya 1 hari iaitu hari pertama sahaja Khadija berpuasa separuh hari, manakala hari lainnya, alhamdulillah dapat dihabiskan.  Itu pun jenuh abahnya Hakim memujuk dan melekakan Khadija terutama pada waktu-waktu hampir berbuka.  Walau macam mana pun saya bersyukur dan berbangga kerana pada usia 5 tahun, Khadija dah tahu erti puasa dan dapat melaksanakannya.  Khadija juga menunjukkan minat membaca Al-Quran setiapkali kami membaca Al-Quran.  

 













Gambar ni saya rakam semasa Khadija duduk di dalam peti ais sebab panas katanya.  Saya ada tanya, Khadija ada curi-curi minum @ makan tak?  Allah melihat apa yang kita lakukan.  Mujur Khadija ni dengar nasihat, setakat  ni tiada tanda-tanda dia mencuri-curi minum @ makan.
 














Setiap apa yang Khadija buat, 'informer' saya iaitu Fatihah akan mengadu.  Kadang-kadang tu geram juga, sikit-sikit si Fatihah beritahu saya apa yang kakak buat.  Kadang-kadang tu tak boleh percaya juga si Fatihah, ada sekali tu, dia 'offer' kakak Dija air susu dia yang tak habis suruh kakak perhabiskan.  Memang tak boleh percaya.  Nasib baik kakak Dija tak ambil sebab dia tahu dia berpuasa.  















Adik Fatihah yang nakal ada je aktiviti dia dalam bulan puasa ni.  Disebabkan bulan puasa, siang hari kami tak masak.  Makanya, Fatihah hanya minum susu, makan biskut atau roti je.  Tu yang bila petang je nak berbuka dialah yang paling sibuk kat meja makan.  Minta perhatian.  Kadang-kadang tu naik bengang saya.  















Siap 'offer' kat saya gula-gula.  Sabar jelah budak tak puasa ni.  Fatihah ni saya lihat semenjak duduk di Taska ni, selera makan makin bertambah.  Mungkin disebabkan di Taska ada ramai kawan, tu yang berselera makan tu.















Ni pula gambar percubaan saya membuat apam gula hangus.  Apam ni dibuat pada hari pertama puasa.  Adunan yang mula-mula dibancuh menghasilkan apam yang gebu.  Tapi adunan kedua yang saya bancuh 2 kali ganda tidak berapa naik apamnya.  Tak tahulah mana silapnya.  Buat banyak sebab nak hantar rumah mak dan rumah mak cik.















Rupa apam gula hangus @ karamel yang gebu.  Rasa pun ok tak berapa manis.















Aktiviti membuat donut untuk berbuka pada hari kedua.  Tapi bukan saya, kali ni Hakim.















Hasil adunan dapat menghasilkan hampir 40 biji donut.  Disebabkan terlalu banyak, sebahagiannya dibawa Hakim ke surau.









1 comments:

wati said...

salam...bagusnya anak awk dah boleh puasa penuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...