Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, August 13, 2012

Rezeki Di Bulan Ramadhan

Walaupun dalam bulan puasa, aktviti hujung minggu masih berjalan seperti biasa.  Mengemas di dalam dan luar rumah, mengemop lantai dan membersihkan halaman rumah adalah antara aktiviti yang mesti saya buat pada setiap hujung minggu.  Memang memenatkan tetapi disebabkan saya bukanlah jenis yang suka rumah bersepah @ berhabuk, makanya kenalah saya rajinkan diri.

Berbalik kepada tujuan entry ini ditulis.........Khadija kami daftarkan untuk memasuki pertandingan mewarna anjuran?  Saya tak berapa pasti tapi salah satu daripadanya di bawah Persatuan Tadika Islam dan ADUN Selat Klang.  Program diadakan pada hari Ahad, 12 Ogos 2012 bertempat di perkarangan Masjid Al-Amin, Kampung Delek Baru.  Pada mulanya memang malas juga nak sertai, dahlah program diadakan pada hujung minggu, tarikh pula seminggu lagi nak raya.  Dah tentu saya dan Hakim sibuk dengan agenda mengemas rumah kami yang tak pernah sampai ke penghujungnya.  Semakin nak dekat raya ni, ada sahaja yang nak dikemaskan.

Rupa-rupanya program ni diadakan bersempena dengan pengagihan skim bantuan tadika Selangor @ TUNAS iaitu kepada keluarga yang mempunyai anak di tadika dan berpendapatan seisi keluarga RM1,500.00 sebulan.  Selain pertandingan mewarna, program turut diimarahkan dengan ceramah motivasi keibubapaan iaitu cara mendidik anak oleh Ustaz Uda Kassim dan Puan Muna Izzah Dato' Fadzil Noor.















Saya anggarkan dalam 200 murid tadika yang menyertai pertandingan mewarna ni.  Punyalah riuh-rendah keadaan di perkarangan masjid pagi tu dengan suara kanak-kanak tadika ini.















Khadija yang bersemangat nak masuk pertandingan tetapi disebabkan keletihan bangun sahur, tu yang nampak macam 'moody' je.















Ramaikan?  Program dibantu oleh sukarelawan dan pelajar dari UNISEL.















Pertandingan bermula.  Khadija tidak habis mewarna pun gambar yang diberikan atas alasan penat dan ibu jari luka.  Kesian Dija, mungkin sebab terlalu fokus mewarna, tu yang buat dia letih.  Akhirnya Khadija tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan tu.  Takpelah Dija, yang penting Dija ada semangat untuk bersaing.  Mama tetap bangga walaupun Dija kalah.















Surprised untuk kami sekeluarga, inilah yang dinamakan rezeki kami di bulan Ramadhan ni.  Kami tak pulang dengan tangan kosong.  Selain dapat pahala menghadiri majlis ilmu, kami telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah.  Syukur Alhamdulillah, sebuah TV LED 22" jenama Hitachi.   















Abah @ Hakim dengan TV LED yang dimenangi.  Khadija pula dengan buku cerita bertajuk Pinocchio bersaiz A3 sebagai saguhati penyertaan.  Kami sekeluarga amat bersyukur dengan rezeki daripada Allah S.W.T.  Pesan saya pada diri sendiri, janganlah kedekut atau takut untuk bersedekah, Insya'Allah kalau kita rajin bersedekah, Allah akan kurniakan kita rezeki yang lain dan salah satu darinya dengan cara sebegini.  Syukur Alhamdulillah.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...