Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 31, 2012

1001 Cerita

'Entry' kali ni saya rangkumkan beberapa cerita yang berlaku dalam beberapa hari dalam bulan Disember ni.  Setiap hujung minggu kami penuh terisi dengan pelbagai aktiviti.  Dipendekkan cerita memang tiada satu hujung minggu pun kami betul-betul berehat sehari suntuk di rumah. 



Gambar Khadija dan Fatihah dengan sepupunya Fariz dan mak cik Ain.















Aktiviti bermain di dalam 'khemah' ni kat rumah mak @ wan mereka.















Fariz yang agak lincah dan bijak tetapi bukan 'hyperaktif'.















Aktiviti seterusnya adalah ke 'used car' mencari pengganti kepada kesayangan kedua milik Hakim (selepas saya, Dija dan Fatihah).  















Pencarian kami berakhir di Jalan Sentul, KL.  Agak jauh tetapi berbaloi bagi kami.  















Kami adalah antara ibu bapa yang ke mana-mana pasti membawa anak-anak.  Bab ni memang Hakim tidak berkompromi dengan saya lagi-lagi pada waktu malam atau hujung minggu.  Walaupun anak-anak kami yang menjaganya wan mereka sendiri, kami tidak mengambil kesempatan untuk meninggalkan mereka dengan wan mereka kerana bagi Hakim waktu malam dan hujung minggu adalah waktu 'privacy' pengasuh walaupun mereka dibayar.  
















Aktiviti memasak ayam bakar ni adalah semasa cuti hari Krismas. Oleh kerana kami tidak merancang ke mana-mana, maka menu pada hari tersebut agak 'special' sedikit.  Seperti biasa, kegemaran kami sekeluarga iaitu nasi beriyani.  Gambar di atas adalah ayam yang sedang diperap bersama ubi kentang kecil.  Sedap sangat rasa ubi kentang yang dibakar.
















Jelatah timun.  Saya hanya letak gula, garam dan perahan limun sahaja.  Hasilnya sama juga seperti jelatah yang diletak cuka makan.
















Hasil ayam yang telah siap dibakar.  Agak garing sedikit di luar tetapi isi dalamnya ok.  Bahagian luar ayam saya lumurkan dengan madu.
















Ayam masak merah 'style' saya.  'Simple' janji ada rasa.  Agak mengecewakan sebab sampai sekarang masih tak dapat rasa yang sama macam ayam masak merah yang mak masak.
















Sebab kenapa kami tak keluar pada hari tersebut adalah kerana memanggil 'cleaner' pejabat Hakim membantu membersihkan rumah.  Selalu hujung minggu kami buat sendiri.  Tapi kali ni nak persekitaran rumah dibersihkan sekaligus seperti menyapu, mengemop, mengelap cermin tingkap, lap kipas, cuci keseluruhan 'toilet' termasuk dinding 'toilet' dan berus lumut di longkang sekeliling rumah.  
















'Cleaner' @ bibik yang sedang membasuh lantai luar.  Bibik ni datang dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.        Beliau mengenakan caj RM10.00 untuk tempoh 1 jam.  Di rumah kami beliau berada dalam 7 jam, so bayaran yang kami buat adalah RM70.00.  Bolehlah, daripada nak buat semua sendiri memanglah tak larat.















Gambar ni mula dirakam semasa kami sekeluarga 'shopping' di AEON Bukit Tinggi semasa J-Card baru-baru ni.  Kami ke sana selepas balik dari pejabat.  Sebaik mengambil anak-anak, kami terus ke Jusco ni.  Dah terbiasa membawa mereka walaupun dalam suasana dipenuhi orang ramai.  Kami masuk dari pintu tengah yang mana sebaik sahaja masuk, kami singgah di 'stage' yang mana ada pemberian hadiah sempena hari Krismas.  Tapi sebelum tu kena jawab soalan dulu.  Khadija yang agak berani, bila tahu ada hadiah terus nak turut serta menjawab soalan. 
















Ada 2 soalan yang ditanya kepada Khadija.  Kelakar, selamba je Khadija jawab walaupun salah.  Pengacara program minta Hakim bantu Khadija jawab soalan kedua sebab soalan pertama tadi dah salah.  Dengan dibantu oleh abahnya, akhirnya Khadija mendapat hadiah.  Walaupun hadiah yang diberikan kecil tapi mungkin besar bagi Khadija.  Yang paling 'best' saya lihat Khadija sangat 'sporting' dan berani mencuba nasib.

Itu sahajalah 1001 cerita kami.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...