Lokasi percutian kami sekeluarga ke Cameron Highland adalah atas pilihan Khadija. Percutian selama 2 hari 1 malam pada 11 dan 12 Disember 2012.
Fatihah dan Khadija yang teruja, tak sabar nak sampai Cameron. Gambar dirakam di hentian R & R Tapah. Berhenti sekejap untuk 'breakfast' dan ke 'toilet'.
Kami bertolak dari Klang seawal jam 7.00 pagi. Sampai di Ringlet dalam pukul 10.00 pagi. Sebelum ke Brinchang, kami singgah di Bharat Plantation. Masih dalam suasana pagi, cuaca ketika ni memang sejuk. Tapi tak perlulah nak pakai 'sweater'. Bukan apa, rimas.
Kami sekeluarga berlatar belakangkan ladang teh.
Khadija yang semakin tembam bagai di pam-pam cuti sekolah ni. Percutian ni juga merupakan hadiah di atas kecemerlangan Dija dalam peperiksaan akhir tahun tempoh hari. Bagi kami, biarlah pemberian hadiah seperti percutian ni lebih memberi kesan dalam ingatan dan dikenang.
'Loving couple' dunia akhirat. Insya'Allah.
Abah dengan anak-anak.
3 of us.
Kami memilih Hotel Rainbow yang terletak di Brinchang. Hotel ni hampir sangat dengan tapak pasar malam. Sepanjang cuti sekolah ni, pasar malam di Cameron diadakan setiap hari. Bilik yang kami pilih ni tak terlalu besar atau kecil, sesuailah dengan kami 4 beranak. Yang penting ada tv dan 'water heater'. Kadar yang dikenakan juga berpatutan RM250.00.
Selesai 'check in', berehat sekejap di bilik. Kami merancang untuk keluar berjalan kaki di sekitar tapak pasar malam dan terus makan malam.
Aksi 2 beradik. Saya pakaikan mereka 'sweater' sebab cuaca di luar pada petang tu hujan berpanjangan. Dari kami 'check in' sampaikan ke maghrib, hujan turun dengan lebat.
Bergambar sementara menunggu abah ambil payung dari dalam kereta. Berjalan sambil berpayung kami anak-beranak petang tu di Cameron Highland.
Sebelum cuci mata, singgah di KFC dulu atas permintaan Khadija. Waktu ni, kami berharap sangat hujan kat luar tu cepat-cepat berhenti. Susah nak berjalan dalam hujan dengan bawa budak 2 orang ni. Nak berkereta lagilah tak praktikal, dengan jalan yang agak sesak memanjang di pekan Brinchang dan 'parking' yang terhad, lagi baik kami memilih untuk berjalan kaki memandangkan lokasi yang nak kami pergi tu hanya beberapa meter je dari hotel kami menginap.
Selesai redah hujan ke pasar malam dan terus makan malam di salah sebuah kedai makan yang kalau tak silap saya namanya Pak Nik Ikan Bakar, kami terus balik hotel. Budak berdua ni bila dah sampai bilik terus buka baju, tak sabar nak berendam dalam 'bath tub' yang dipanggil kolam oleh mereka. Mujur ada 'water heater', tak lah kami sejuk sangat.
Sarung tangan yang dibeli di pasar malam. Selain tu, antara yang kami beli adalah 'fridge magnet', bantal strawberry dan 'souvenir' untuk anak buah.
Keesokannya, kami 'check out' seawal jam 8.00 pagi bagi meneruskan perjalanan ke lokasi-lokasi yang belum kami lawati. Bukan apa, nak mengelak kesesakan jalan di beberapa lokasi di Cameron ni.
Lokasi pertama yang kami terjah setelah 'breakfast' adalah taman rama-rama. Tak ingat pula berapa bayaran masuk yang dikenakan kerana semuanya diuruskan oleh Hakim.
Kakak yang selamba. Adik pula masih takut-takut. "Apalah adik ni, dengan rama-rama pun nak takut, bukannya dia gigit". Dialog Khadija mengusik Fatihah.
Khadija dengan teropong pemberian Pak Usunya.
Jantung hati mama dan abah.
Kami sayang kamu berdua.
Kami sekeluarga.
Kami lagi. T-shirt hijau ni, Hakim beli semasa ke Krabi, Thailand akhir bulan November lepas. Saya memang suka pakai baju yang sama warna kalau ke satu-satu lokasi.
Ke ladang strawberry dan memetik sendiri strawberry ni memang atas permintaan Khadija. Berkali-kali Khadija mengingatkan kami mengenai perkara ni. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke ladang strawberry ni adalah RM30.00 untuk 2 orang. Dengan kadar tu juga, strawberry yang boleh dipetik untuk seberat 500 gm. Sekiranya melebihi berat tersebut, kadar tambahan akan dikenakan.
Dua beradik yang teruja. Teruja dengan sesuatu pelajaran baru bagi mereka.
'Entry' percutian kali ni diakhiri dengan gambar mereka berdua dengan hasil strawberry yang dipetik. Jelas kegembiraan di wajah mereka berdua. Mama dan abah tahu, Khadija dan Fatihah seronok dengan percutian ni, sampaikan kamu berdua tak nak balik. Lain kali, kita bercuti lagi tapi dengan syarat kamu berdua kena rajin belajar dan dengar cakap mama, abah, wan, atuk dan guru. Cemerlang pendidikan kamu, baik budi pekerti dan akhlak, Insya'Allah berjaya dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment