Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, December 13, 2012

Aktiviti Cuti Sekolah

Khadija pada cuti sekolah ni seperti biasa, berada di rumah wan pada hari mama dan abahnya bekerja.  Fatihah turut serta kakak Dija di rumah wan setelah mama 'stop' penghantaran beliau ke Taska sejak awal bulan November.  Aktiviti biasa Khadija dan Fatihah bila di rumah wan, bermula dengan 'breakfast' roti canai setiap hari di kedai bersama wan-wan kesayangan mereka yang rajin 'breakfast' di kedai kemudiannya diisi dengan bermain dengan Faris merangkap adik sepupu mereka.   Kadang-kadang saya bekalkan juga buku samada buku cerita, buku latihan atau buku mewarna bagi Khadija mengisi masa terluang.

Sabtu baru-baru ni, 8 Disember 2012, saya daftarkan Khadija menyertai pertandingan mewarna 'back to the school' yang diadakan di bangunan Harbour Place, Pelabuhan Klang.  Nur Ain, adik sepupu saya turut serta dalam pertandingan bagi kategori umur 7 - 12 tahun iaitu melukis.















Sebelum program berlangsung, kami terokai dulu kedai Mr. DIY di dalam bangunan tersebut.















Khadija dan mak cik Ain.















Fatihah yang keboringan.  Nak suruh masuk sekali pertandingan mewarna.  Jawapan yang diberikan, adik tak tahulah mama.















Saya begitu kagum dengan 'parents' berbangsa Cina, mereka memberi sokongan kepada anak mereka dengan datang awal ke lokasi pertandingan, menyediakan kelengkapan seperti  meja dan alatulis yang lengkap. 















Suasana sebelum pertandingan bermula.















Khadija sedang mewarna.















Apa yang saya lihat, Khadija tidak begitu gemar dengan seni lukisan. Mungkin ia hanya andaian sahaja.  Khadija saya lihat lebih suka membaca dan mengira.  















Ain yang bersungguh-sungguh melukis.



Program diserikan dengan kehadiran badut.  Fatihah pada mulanya agak takut untuk mendekati badut tetapi kemudiannya sendirian beratur mengambil belon.















Lihatlah hasil lukisan yang diwarna Khadija.  Sabar je lah.  Bukan nak warna bersungguh-sungguh.  Saya lihat dia tidak fokus untuk mewarna bila melihat kehadiran badut.















Ain pun sama.  Mungkin dalam fikiran mereka, nak cepat siap boleh beratur ambil belon dan lukis muka.















Fatihah yang duduk diam bila dah dapat  belon.















Hasil 'face painting' di muka Dija.  Mujur tak merapu sangat.















Mak cik Ain pun tak ketinggalan nak lukis muka.















Sementara menunggu keputusan diumumkan.


Akhirnya, seperti yang saya jangka.  Mereka berdua kalah. Pemenang dari tempat pertama hingga keenam dari 2 kategori yang dipertandingkan, kesemuanya Cina.  Saya memang akui hasil kerja budak-budak yang menang tu memang hebat.  Kalah kita yang dewasa ni mewarna.  Pemenang pertandingan mewarna tempat pertama saya lihat seperti mempelajari teknik mewarna.  'Parents' budak yang menang tu pun 'support' habis-habisan.

Walaupun kalah, mereka berdua tak pulang dengan tangan kosong sebab dapat beg 'goodies' dan sijil penyertaan daripada pihak penganjur.  Sekurang-kurangnya mereka 'happy' dengan aktiviti tersebut.

Aktiviti hari Sabtu atau Ahad pula, mereka berdua ni mestilah kena menemani mama dan abah memenuhi jemputan kahwin.  Memang banyak jemputan yang kami dapat, tapi tak semua undangan kami penuhi.

Undangan ke majlis aqiqah, cukur jambul dan berkhatan anak saudara Hakim di Kampung Sementa mestilah kena kami hadir sebab anak saudaralah katakan. 















Fatihah yang tengah kemaruk pakai baju abah beli di Krabi, Thailand hari tu.  Baju 'island' katanya.















Khadija dan sepupunya Aqilah.  Kalau dah jumpa macam lipas kudung bermain.  Tak ingat langsung mama, abah, makan atau botol susu.















Yang diraikan Naufal berbaju melayu 'peach'.  Kak Kiah, biras saya yang berbaju kuning merupakan pemilik butik pengantin tersohor di Kapar, Butik Cinta 2 Collection.  Dan yang dibelakang berbaju biru tu, adik ipar saya yang baru kahwin hari tu.















Majlis bertemakan warna biru, pink dan kuning ni diadakan di rumah mak Kak Kiah di Kampung Sementa.  Mungkin disebabkan kawasan rumah mereka di Apartment agak sukar untuk mengadakan kenduri seperti ini.  Jemputan mereka seperti kenduri kahwin. 















Budak-budak leka bermain di bawah pintu gerbang.  Maklumlah, pemilik butik andaman pengantin, pintu gerbang dan dekorasi ni semua mereka buat sendiri.















Pelamin 'baby' pun mereka hias sendiri.



















Gambar masa dalam perjalanan balik.  Fatihah tunjuk gigi depan yang rompong, banyak dah hilang.



















Kakak Dija.

Itu baru sebahagian cerita cuti sekolah Dija dan hujung tahun kami. Banyak lagi cerita yang akan saya 'update' jika ada kelapangan masa.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...