Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, December 21, 2012

Hobi Baru Khadija

Syukur Alhamdulillah, Khadija dah pandai membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja pada usia 5 tahun.  Mungkin bagi ibu bapa yang lain, anak mereka dapat membaca pada seawal usia 4 tahun.  Tetapi bagi saya dan suami, ianya merupakan pencapaian yang agak membanggakan bila Khadija dapat membaca pada usia ini.  Seingat saya Khadija mula membaca dengan lancar ni pada bulan September lepas.  Walau bagaimanapun, pendapat saya lambat atau cepat bukanlah kayu pengukur untuk kecemerlangan anak, namun ianya merupakan satu permulaan kepada pembelajaran anak-anak kita.  Tahniah kepada abah @ Hakim yang banyak berusaha melatih Khadija membaca di samping teacher Atiqah yang banyak membantu kami.















Apa yang saya perasan, semenjak Khadija pandai membaca ni, semua perkataan yang dipapar di kaca televisyen, suratkhabar, buku, majalah, kain rentang di tepi-tepi jalan, papan iklan kedai habis dibacanya.  Yang melucukan kami, iklan dalam bahasa inggeris pun dibaca dalam sebutan bahasa melayu.  Hinggakan suasana dalam kereta kedengaran lebih nyaring suara Khadija membaca daripada bunyi radio yang dipasang.















Kusyuk membaca sampai tak perasan saya sedang rakam aksi beliau.















Majalah Upin Ipin ni saya beli semasa di hentian R & R Tapah atas permintaan Khadija sendiri.  Sekarang ni saya banyak belikan Khadija bahan bacaan dalam bentuk buku cerita dan majalah kanak-kanak seperti Ana Muslim, Sayang Muslim dan Barbie.















Semasa dalam kereta pun Khadija tak jemu-jemu membaca majalah Upin Ipin.  Tengoklah Fatihah selamba je. 















Tak sedar lagi, mama sedang rakam aksi beliau.

Mama harap minat Dija dengan buku ni berterusan seperti kata slogan 'Membaca Itu Jambatan Ilmu'.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...