Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, March 15, 2013

Fun English At Home

Sehari sebelum ke temasya sukan PASTI, saya hadir ke program 'Fun English At Home' anjuran Tadika Ceria Az-Zahrah (TCAZ).  Satu program yang amat bagus bagi saya.  Program yang memerlukan kerjasama dan penglibatan ibubapa di rumah untuk membantu anak-anak mengenal dan memahami bahasa inggeris.















Teacher Nur Edzati Kamaludin sedang memberikan penerangan mengenai program tersebut.  Setiap minggu 5 perkataan bahasa inggeris tak kira samada peralatan di sekeliling, kenderaan, binatang dan sebagainya perlu diajar kepada anak.  Perkataan boleh dizahirkan secara menulis, 'print out'/lekat atau lukisan di dalam buku yang akan dibekalkan oleh TCAZ dengan kreativiti masing-masing.  Program dinilai bermula pada 22 Mac hingga akhir bulan September 2013.  Bintang/markah diberikan oleh guru adalah berdasarkan kepada :-

a)  Komitmen ibubapa -  1 bintang
b)  Kreativiti ibubapa - 1 hingga 3 bintang
c)  Sebutan oleh kanak-kanak mengenai perkataan yang diajar oleh ibubapa - 1 bintang berdasarkan 1 perkataan
d)  Boleh menyebut dan memahami perkataan yang diajar tersebut - 1 bintang berdasarkan 1 perkataan

Ada hadiah disediakan untuk kategori pelajar umur 4, 5 dan 6 tahun.  Setiap kategori ada 3 pemenang.  Insya'Allah saya akan usahakan, hadiah bukan keutamaan.  Apa yang penting, matlamat utama program ini iaitu memperkasa dan memantapkan penguasaan bahasa inggeris dapat dicapai.















Tak berapa ramai yang hadir.  Menurut Pengetua TCAZ, Puan Hajjah Zaharah Awang walaupun hanya 2 atau 3 orang ibubapa yang hadir, program tetap diteruskan.  Rasa bertuah kerana dapat meluangkan masa untuk hadir pada program ini.  Selain dapat mengenal teacher2 di TCAZ, dapat juga berkenal mesra dengan ibu kepada anak-anak yang berada di TCAZ ni.   















Slot pertama, 'ice breaking'.  Kami dibahagikan kepada beberapa 'group'.  Diberikan kepingan kertas yang mana kami diminta untuk menghasilkan setinggi yang boleh daripada susunan kertas tersebut.



















'Group' yang memenangi aktiviti ini.

Ahli kumpulan kami.  Bergambar setelah selesai menyiapkan tugasan kedua.  Dengan menggunakan straw, kami diminta menyusun setinggi mana yang boleh straw tersebut dengan hanya diberikan pita pelekat sebagai alat bantuan.  Bola ping pong turut diberikan untuk diletakkan di atas/puncak straw.  'Group' yang paling tinggi dan kukuh susunan straw dikira sebagai pemenang.  Sekali lagi, 'group' kami bukanlah pemenang untuk aktiviti ini.

Rupa-rupanya ada maksud yang tersirat daripada aktiviti ni.  Asas (tapak) yang kukuh diperlukan untuk menentukan sejauh mana seseorang itu boleh pergi.















Fatihah yang menemani saya di sepanjang program dijalankan.  Mulanya malu-malu nak bergaul tapi lama-kelamaan dialah yang tak tahu duduk diam.















Damia Hani anak Puan Ruhaidah Kasman.  Comel macam ibunya.  Ida ni saya kenal menerusi blog ni.  Masa tu dia 'survey' tadika untuk masukkan Hani.  Terus kami berkawan menerusi fb dan berjumpa di alam realiti bila anak-anak kami di tadika yang sama.















Program  berhenti seketika untuk makan-makan.















Aktiviti seterusnya selepas makan.  Kaedah pelaksanaan program 'Fun English At Home' yang boleh diaplikasikan di mana-mana lokasi.  Sebagai contoh ketika di dalam kenderaan, di shopping complex dan sebagainya.  Contoh, ajak anak kita berkomunikasi dalam bahasa inggeris yang paling 'simple' ketika di dapur.  "Fatihah, can you take for mama a spoon..... please".  Kat situ, benda yang boleh kita tampal kat dalam buku adalah sudu ~ spoon.

Dengan adanya program ni, Insya'Allah saya juga boleh 'improve' bahasa inggeris kami yang dah tentunya sebelum ini amat jarang ianya digunakan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...